antara dian dan bunga api..

Tuesday, April 22, 2008

bismillahirrahmanirrahim..
selawat salam atas junjunngan Rasulullah SAW

aku tak harapkan ia seperti bunga api,
terlalu indah dengan percikan seni,
mengalun rasa hati dan nurani,
namun,
hadirnya cuma sekejap hari,
adakah ia sekadar mimpi?

aku harapkan ia seperti dian,
walau datang tak seindah jelmaan,
tak dihiasi dengan kerlipan,
namun, tetap memberi seribu harapan,
menerangi diriku dalam kegelapan..

kita..kaki yang berjalan ~

Tuesday, April 22, 2008

bismillahirrahmanirrahim..

selawat dan salam atas junjungan Rasulullah SAW..









Kadang-kadang kita tidak mengerti,
hidup ini bagai berjalan kaki,
walaubagaimanapun kita berhati-hati,
tengok kanan tengok kiri,
namun entah mengapa,
kaki kita masih terpijak duri,
masih tersadung kanan dan kiri
tapi,
adakah kita akan terus rebah
tanpa usaha untuk berubah?
atau bangkit dengan semangat juang
meneruskan sisa perjalanan yang masih panjang...

~koleksi peribadi~

~Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.~(Al-Ankabut:2,3)

wallahu3allam..

nasi himpit umi ~

Sunday, April 20, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
selawat salam atas junjungan Rasulullah SAW..

2,3 minggu ni entah mengapa tiba-tiba jer teringatkan nasi himpit dan sambal nyiur(ntah btul ke tidak nama sambal tuh) yang umi selalu buat...

tambah2 bila masak nasi kerabu untuk program KMKJ hari tu..sambal nyiur utk nasi kerabu rasanya lebih kurang sama dgn sambal nyiur nasi himpit yang umi wat..

mungkin rasa rindu kat mesia dah bertambah2 agaknya atau dalam bahasa sy dan adik2..sudah mencapai tahap dinasour dah agaknya..huhu..

mana taknya..sekarang mimpi sy asyik dihiasi dengan kenangan di mesia jer..hehe..dah parah dah ni..

mungkin sy ni anak umi dan ayah yang tak pernah berenggang sejak kecil lagi..masakan tidak..dari kecil membawa ke besar..asyik duk ngan umi dan ayah jer..habis lama berenggang masa gi tamrin yang dianjurkan sekolah..tu pun 3 hari jer..

bila datang sini barulah tahu sakitnya berpisah ngan umi,ayah dan adik2..barulah sedar pentingnya keluarga..

berbalik kepada nasi himpit tadi..akhirnya hari ni sy buatlah nasi himpit tu untuk mengubat hati yang rindu ni..

lepas jer balik dari balad..terus jer ke dapur..setelah bersusah payah membuatnya dengan resepi yang dibekalkan oleh umi..maka siaplah nasi himpit dan sambal nyiur tu..

alhamdulillah jadi jer(kata ahli bait ler)..tp bagi aku rasanya tak sama dengan yang umi buat..orang kelate kata..tak cair dalam mulut..

kalau makan yang umi buat..memang terasa sambal tu cair dalam mulut..huhu..

tapi oklah sebagai pengubat rindu sy..

untuk saper2 yang rs nak cuba nasi himpit dan sambal nyiur tu..ni resepinya..

Sambal Nyiur

3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah(bawang merah kat sini kan besar2..jadi pndi2lah korg bajet yer0
1 inci halia
2 batang serai
ikan(direbus dan kuantiti ikut selera..byk lg sedap..tp kat sini guna ikan sardin milo jelah)
kelapa parut(kat jordan ni klu guna kelapa kering pun ok jer)
garam secukup rasa
gula secukup rasa(kalau guna gula melaka lagi sedap)

cara menyediakannya..

mula2..goreng kelapa parut tu sampai garing..pastu campurkan sume bahan td dan diblend keringkan..dan sedia dimakan bersama nasi himpit..

selamat mencuba...

..bagai klip kertas..

Wednesday, April 09, 2008

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..setelah lama dah berniat kat hati nak wat blog ni..akhirnya terlaksana jugak..sebelum ni mmg penah jer wat blog..tp setelah lama tak diupdate kan..akhirnya terkulai begitu jer.. hari ni saya berpeluang untuk bercakap dengan ayah saya melalui ym..huhu..walaupun baru minggu lepas jer rsnya sy ckp dgn family..tp rs mcm dah lama jer..dan hari ni tetiba sy teringat kata2 yang penah ayah sy ckp ketika sedang bersenang lenang dgn family dulu..iaitu..hidup ni bagaikan klip kertas..

Hmm..mula2 sy agak terfikir jgk..knp kita samakan hidup mcm klip kertas.."wink-wink"..

akhirnya sy brlah sy faham maksudnya selepas diberi penerangan lanjut mengenai klip kertas..

ok..sekarang bayangkan ditangan kita ada klip kertas..kalau kat umah tu ada klip kertas..bleh je nk cuba main permainan ni..hehe..

ok..pastu dalam masa 30 saat..cuba kita jadikan klip kertas tu satu batang yang lurus..

pastu dalam masa 30 saat..kita jadikan dia klip kertas balik..

cuba kita lihat..adakah klip kertas tu msh sama dengan klip kertas yang asal???..

sudah terang lagi bersuluh..tentulah tidak sama..

begitulah jugak dengan kehidupan kita...

dalam kehidupan kita...kita mempunyai banyak pilihan..dan setiap pilihan kita dimasa sekarang..akan mempengaruhi kehidupan kita di masa hadapan..

dalam masa 30 saat kita memilih dan membuat keputusan untuk melakukan sesuatu..


dan tiba-tiba kita rasa..keputusan kita..pilihan kita..ada yang tak betulnya..

kita cuba untuk memulihnya kembali kepada keadaan asal..tapi walaubagaimana pun kita cuba..walaupun ia kembali jugak kepada yg asal..tapi hasilnya takkan sama dengan yg asal..sudah tentu sedikit sebanyak..akan ada effectnya terhadap diri kita..

sejak datang jordan..telah banyak keputusan dan pilihan sy buat..dan kadang-kala..keputusan dan pilihan yang sy buat bertentangan dgn diri sy yg sebenar..bila sy sedar bnda tu..sy cuba untuk kembali..tapi..baru sy sedar walaupun sy kata sy dah kembali kepada diri saya yg asal..tp pada hakikatnya..sy yang sekarang bukan lagi saya yang dulu..mgkin bukan pada keseluruhannya..tp sedikit sebanyak..ada jgk effectnya...



~ semalam adalah kenangan..hari ini adalah kenyataan..dan esok adalah impian..kenangan semalam akan mengajar kita untuk menghadapi kenyataan hari ini..dan kenyataan hari ini akan membuat kita terus mengapai impian untuk hari esok ~