Cerita dari rumah

Sunday, November 30, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam sedang saya asyik melakukan kerja conteng menyonteng di lecture note Dr.Zeyad,tetiba adik saya Zakirah menegur saya melalui ym.Katanya ada cerita yang nak disampaikan.Saya yang malas nak menaip,menyuruhnya online melalui skype.Senang sikit yang mana saya hanya perlu mendengar dan bercakap.Tambahan pula, kalau Zakirah yang bercerita, lebih baik dengar.Sebab dapat rasa mood cerita tu sekali.

Rupa-rupanya kelmarin rumah saya hampir dimasuki pencuri.Saya agak terkejut bila mendengarnya.Yelah..tambah-tambah pencuri tu masuk ketika adik-adik saya belum lagi tidur.Bimbang juga kalau apa-apa yang terjadi.Tapi alhamdulillah ketika pencuri tu cuba memasuki rumah, adik saya menyedarinya.




Melalui cerita Zakirah,ketika itu dia sedang menemani Nasuha,adik saya yang berada di tingkatan 5 menelaah.Dengan tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dari arah bilik bacaan.Pada mulanya dia ingat ia hanya bunyi yang memang selalu kitaorang dengar.Jadi dia keluar dan hanya mengunci pintu bilik bacaan itu dari luar.Selepas beberapa ketika,adik saya yang seorang lagi, Mustaqim tersedar.Merengek-rengek nak keluar dari bilik.Kerana bosan dengan rengekannya, Zakirah dan Nasuha pun mengejutkan adik saya yang seorang lagi,Muzaffar untuk temankan ke bawah.

Bila turun ke bawah, ketika Muzaffar keluar dari bilik air,dia ternampak yang tingkap di dalam bilik menjahit terbuka.Padahal pada pukul 2 sebelum itu umi dan ayah saya pernah masuk bilik tu dan memang pasti yang tingkap itu tertutup.Muzaffar mula terfikir sesuatu dan dengan segera memanggil Nasuha dan Zakirah.Bila mereka ke dapur, Zakirah kata dia terpandang ke arah pokok rambutan dibelakang rumah.Seakan bergoyang-goyang.Dan goyangannya bukan seperti ditiup angin tapi seperti menanggung beban diatasnya.

Kerana takut apa-apa yang akan pelik berlaku,mereka mengejutkan umi dan ayah.Dan ayah saya dengan segera menelefon balai polis berdekatan.Tapi yang mengecewakan,hanya jawapan yang bodoh dari polis itu yang ayah saya dengar.Katanya dia tak nak datang ke rumah dan menyuruh ayah saya mengecam muka pencuri tersebut.Hmm..ayah saya yang memang lancang mulutnya membalas balik kata polis itu dan membuatkan polis itu terdiam.

Selepas itu,umi saya menelefon abang sir,sepupu saya supaya datang ke rumah untuk meninjau apa yang telah berlaku.Bimbang juga kalau-kalau ayah saya seorang saja ke luar rumah untuk meninjau kerana takut pencuri itu bukanya seorang.Beberapa ketika abang Sir datang bersama-sama kawannya yang kebetulan tidur di rumahnya.Bila ayah dan abang sir pergi ke belakang rumah,pencuri itu sudahpun tiada.Dari tinjauan mereka memang terdapat kesan-kesan laluan orang pada rumput.Bila ditengok-tengok kembali,penyelak pintu utama rumah saya telah dikopek.Memang sebelum dia mengopek pintu itu,mungkin habis satu sekeliling rumah saya dicari tingkap atau pintu yang mana yang sesuai untuk mereka masuk.Malangnya rumah saya semuanya ber'grill'.Habis tingkap dibukanya.

Dan sampailah semalam,batang hidung polis tu masih lagi belum nampak.

Mendengar cerita dari Zakirah bagaikan saya juga berada disana pada masa itu.Memang adik saya yang seorang ni pandai bercerita.Kalau dilayan,pukul 1 pagi pun tak habis-habis.Tapi satu jelah bila dengar Zakirah yang bercerita.Cerita seram akan jadi cerita kelakar seram.Cerita sedih akan jadi cerita kelakar sedih.Sepanjang mendengarnya bercerita semalam,saya hanya ketawa.Padahal kalau dikutkan cerita itu agak menakutkan.Yelah..mana tak takutnya kalau pencuri nak masuk rumah.Tapi ceritanya menjadi cerita lucu dengan aksi gayanya yang bercerita.

Dengan tiba-tiba saya rasa betul-betul nak balik.Sabarlah hati...

Aku dan Mereka

Thursday, November 27, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..


Mata tidak ku pejam,
Telinga masih mendengar,
dan hati masih celik..
Tapi entah mengapa,
tangan seakan terpasung ke langit,
kaki terasa terpasak ke bumi,
bibir lumpuh berkata,
lidah hilang bicara,
hanya hati mampu berdoa,
moga ada titisan hidayah,
menyirami hehati kita.

-amin-

Kerana Niat

Wednesday, November 26, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam atas junjugan mulia Rasulullah SAW
keluarga dan para sahabatnya.

Niat adalah asas kepada amal.Ada niat barulah ada amal.Amal yang dilakukan diterima atau tidak oleh Allah bergantung kepada niat.Balasan juga bergantung kepada niat.

Maksud niat
1) dari segi bahasa
- Qasad- Tujuan hati
- Iradah- Kehendak hati
2)dari segi syar'ie
-tergerak hati kepada suatu keadaan untuk mencari keredhaan Allah,dan patuh kepada keredhaanNya.
-membawa kepada sifat ikhlas

Jenis-jenis amalan
1)Ketaatan- solat,puasa
- yang mana niat menjadi salah satu syarat sah.Tanpa niat ibadat atau amal itu
tidak sah
2)Kemaksiatan- mencuri
- dosa tidak dikira selagi mana ia hanya berniat dan tidak melakukannya
3)Mubah- makan,tidur,rutin harian yang lain
- bila melakukannya dengan niat kerana Allah,akan mendapat pahala.

Peranan Niat
-menentukan ibadat khusus sah atau tidak
-membezakan antara 2 amalan sama ada adat atau ibadat
-menentukan balasan bagi amalan yang dilakukan

Amal terbahagi kepada 2
-ikhlas- diterima oleh Allah dan diberi ganjaran
- terbahagi kepada 3
1)ibadat hamba
-dilakukan kerana takut akan azab Allah
2)ibadat saudagar
-dilakukan kerana pahala dan balasan syurga Allah
3)ibadat merdeka
-dilakukan kerana rasa malu pada Allah,membuktikan kesyukuran dan
sentiasa bimbang sama ada amalan nya diterima atau tidak oleh Allah.
-tidak ikhlas

Riak
-merosakkan ibadat kita yang mana amalan asal yang baik dapat dirosakkan dengan niat
-berasal daripada perkataan ra a, nafaqa yang bermaksud hipokrasi iaitu ada tujuan disebalik niat
mencari kedudukan dan kemasyuran dengan melakukan ibadat
-hukumnya haram

Firman Allah:
'maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat.laitu mereka yang berkeadaan lalai dalam solatnya.Juga bagi orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).'

al-Maa'uun(4,5,6)

Umar pernah berkata kepada Muaz bin Jabal
'sedikit riak itu adalah syirik'

Tips-tips nabi Isa 3alaihissalam untuk elak perasaan riak
-Berpuasa- meminyakkan rambut,janggut,menggelapkan mata ya3ni bercelak,membasahkan bibir
-bersedekah- tangan kanan memberi tangan kiri disembunyikan
-solat-menutup pintu ketika solat

Amalan yang dilakukan bersembunyi lebih baik 70x dari amalan yang dilakukan secara terangan

'Dunia harus dihargai bukan dinikmati'

Wallahu3alam


Bunga dan Rama-rama

Friday, November 21, 2008

Bismillahirrahmanirrahim...




seorang insan berdoa kepada allah agar diberikan

bunga,

....dan rama-rama.

namun allah memberikannya kaktus

....dan ulat

insan ini bersedih,

tidak faham mengapa pemberian-nya berbeza daripada permintaannya

kemudian dia berfikir;

allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan..

dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

selepas satu tempuh,

insan ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.

insan ini terperanjat melihat dari kaktus yang berduri itu tumbuh bunga yang cantik,

dan ulat telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

cara allah sentiasanya cara terbaik,

walaupun kelihatan semuanya salah.

jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari allah,

percayalah....

pastinya allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

apa yang and pinta...

allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,

teruskan solat dan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.