Warna

Saturday, March 28, 2009

Agak lama saya tidak menjenguk blog ni.Kalau rumah,mungkin dah penuh dengan sawang agaknya.Sibuk ke?Entahlah.Kalau awal-awal dulu mungkin sibuk dengan final.Selepas itu balik ke Malaysia.Sampai ler sekarang baru saya menjengah juga muka saya ke blog ini.



Kadang-kadang saya masih keliru dengan warna blog saya.Apakah warna dan corak sebenar yang saya ingin lakarkan pada blog saya ini.Maksud saya bukan warna template.saya ni takdelah ada penyakit buta warna hingga warna hijau yang sangat jelas ini pun saya tak boleh bezakan.hehe.Apa yang saya maksudkan disini adalah tentang corak dan warna penulisan saya.

Pada awal kemunculan blog ini,saya langsung tidak berniat untuk menjadikan blog ini bagaikan diari saya walaupun saya ni penulis diari yang tegar.Apa yang patut saya tulis dalam diari,saya akan tulis dalam diari.Untuk mencorak warna penulisan saya di blog ini,tidak semestinya saya harus juga menunjukkan warna sebenar diri saya.Tapi terkadang mungkin juga sedikit sebanyak saya tertulis juga corak warna diri saya,hingga orang mampu menilai saya melalui tulisan saya.

Saya amat menggemari ke blog Ainul.Blognya tersangat ler berwarna warni.Berwarna-warni dengan kehidupan ainul yang terkadang merah,hijau dan sebagainya(sebenarnya blog ainul memang berwarna warni.hehe..sorry ye dik..gurau2).

Bercerita mengenai warna,sekarang saya telah melakarkan kehidupan saya dengan warna merah dan putih.Merah putih melambangkan ambulans,baju doktor,darah dan semua yang berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang doktor.Ia juga melambangkan warna bendera Jepun(takde kaitan).

Pada mulanya,cita-cita saya bukanlah ingin menjadi seorang doktor.Lepas habis PMR saya dah target bahawa nanti saya akan menjadi seorang Bussinesswoman yang berjaya. Hingga saya sanggup tambah subjek perdagangan dalam subjek wajib saya untuk SPM kerana pada masa itu saya berada di kelas sains tulen.Saya dah siap bajet yang saya akan membuka sebuah syarikat perhotelan dengan kerjasama adik-adik saya kerana saya begitu berminat dengan bidang perhotelan.(Sebenarnya ni pengaruh cerita cina yang pernah main kat tv sebenarnya).

Namun,cinta saya dihalang.Sebab kata umi,bidang bussiness tak menjamin masa depan.Dan sudah banyak graduan-graduan yang berkelulusan perniagaan mengganggur.Tapi tidak semestinya cinta itu saya kuburkan terus.Bagi saya,tak semua ahli perniagaan yang berjaya lahir dari yang berkelulusan perniagaan.Semua bergantung kepada usaha,strategi dan rezeki.InsyaAllah,akan saya terus mewarnai cita-cita saya itu.Tapi buat masa ini saya harus fokus kepada warna merah dan putih dulu.Kerna ini adalah amanah buat saya.

Teruslah warnai hari mu dengan cahaya hidayahNya dan jangan kaburkannya dengan dosa dan noda.Jauhi dan jangan dekati Zina.