Saudagar Tin Kosong

Thursday, April 15, 2010



Kletang kletung!
Kletang kletung!

Tin-tin kosong berbunyi,
Diseret kesana kemari,
makin bertambah saban hari,
hingga terkadang telinga dah tuli.

Kletang kletung!
Kletang kletung!

Tin-tin kosong berbunyi lagi,
Bunyi bukan maksud hati,
Kosong, tak berisi,
banyak fantasi sedikit realiti.

Kau bukan aku

Tuesday, January 26, 2010


Kau kata langit putih,
tapi aku nampak langit biru.

Kau kata hitam terbaik,
tapi aku rasa pink lagi cantik.

Kau kata bunga merah,
tapi aku lihat kuning.

Kau kata laut luas,
tapi aku fikir laut itu dalam.

Kau kata gunung banyak batu,
tapi aku rasa mungkin banyak hantu.

Kau tanya kenapa kita tak sama?
Aku jawab kerna kita berbeza.

p/s-tajuk macam tak masuk je dgn sajak ni..nntlah pk balik..buat ms ni..guna yg tu dulu..huhu

Buta Warna

Saturday, January 09, 2010


Kalaupun ia merah,
kau tetap nampak putihnya,
Kerana hati telah berwarna,
merah jambu.