..bagai klip kertas..

Wednesday, April 09, 2008

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..setelah lama dah berniat kat hati nak wat blog ni..akhirnya terlaksana jugak..sebelum ni mmg penah jer wat blog..tp setelah lama tak diupdate kan..akhirnya terkulai begitu jer.. hari ni saya berpeluang untuk bercakap dengan ayah saya melalui ym..huhu..walaupun baru minggu lepas jer rsnya sy ckp dgn family..tp rs mcm dah lama jer..dan hari ni tetiba sy teringat kata2 yang penah ayah sy ckp ketika sedang bersenang lenang dgn family dulu..iaitu..hidup ni bagaikan klip kertas..

Hmm..mula2 sy agak terfikir jgk..knp kita samakan hidup mcm klip kertas.."wink-wink"..

akhirnya sy brlah sy faham maksudnya selepas diberi penerangan lanjut mengenai klip kertas..

ok..sekarang bayangkan ditangan kita ada klip kertas..kalau kat umah tu ada klip kertas..bleh je nk cuba main permainan ni..hehe..

ok..pastu dalam masa 30 saat..cuba kita jadikan klip kertas tu satu batang yang lurus..

pastu dalam masa 30 saat..kita jadikan dia klip kertas balik..

cuba kita lihat..adakah klip kertas tu msh sama dengan klip kertas yang asal???..

sudah terang lagi bersuluh..tentulah tidak sama..

begitulah jugak dengan kehidupan kita...

dalam kehidupan kita...kita mempunyai banyak pilihan..dan setiap pilihan kita dimasa sekarang..akan mempengaruhi kehidupan kita di masa hadapan..

dalam masa 30 saat kita memilih dan membuat keputusan untuk melakukan sesuatu..


dan tiba-tiba kita rasa..keputusan kita..pilihan kita..ada yang tak betulnya..

kita cuba untuk memulihnya kembali kepada keadaan asal..tapi walaubagaimana pun kita cuba..walaupun ia kembali jugak kepada yg asal..tapi hasilnya takkan sama dengan yg asal..sudah tentu sedikit sebanyak..akan ada effectnya terhadap diri kita..

sejak datang jordan..telah banyak keputusan dan pilihan sy buat..dan kadang-kala..keputusan dan pilihan yang sy buat bertentangan dgn diri sy yg sebenar..bila sy sedar bnda tu..sy cuba untuk kembali..tapi..baru sy sedar walaupun sy kata sy dah kembali kepada diri saya yg asal..tp pada hakikatnya..sy yang sekarang bukan lagi saya yang dulu..mgkin bukan pada keseluruhannya..tp sedikit sebanyak..ada jgk effectnya...



~ semalam adalah kenangan..hari ini adalah kenyataan..dan esok adalah impian..kenangan semalam akan mengajar kita untuk menghadapi kenyataan hari ini..dan kenyataan hari ini akan membuat kita terus mengapai impian untuk hari esok ~

0 rasa terhikayat: