Keropok Lekor

Tuesday, October 14, 2008

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini saya masak keropok lekor.Pertama sudah tentulah sebab nak makan.Kedua sebab nak balas pinggan mangkuk jiran-jiran yang dah lama bertapa kat dapur saya tu.

Keropok lekor yang saya masak ni takdelah sama dengan keropok lekor yang dijual kat Terengganu atau Kelantan.Tapi kira oklah sebagai pelepas rindu saya kat keropok lekor ni.Resepi ni saya ambil dari satu laman web.Saya dah lupa nama laman web tu.Tapi resepi ni memang sesuai sekali untuk saya yang berada jauh dari Malaysia.Sekurang-kuramg dapat juga merasa keropok lekor.

Bagi saya rasa keropok lekor ni lebih kurang sama je yang kat Malaysia.Mungkin teksturnya saja agak lembut.

Saya akan tinggalkan resepi keropok lekor ni yang telah saya ubah mengikut bahan-bahan yang ada kat Jordan.Jadi,kepada sesiapa yang nak rasa keropok lekor,teringin atau mengidam atau sebagainya.Bolehlah cuba resepi yang mudah ni.


Bahan-bahan(untuk 3 org)
1 Tin Sardin Milo(ambil isinya)
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
air(jika perlu)<---macam makan ubat je..

Cara-caranya
Campurkan semua bahan-bahan tadi kecuali air dan uli sehingga sebati.
Jika keras tambahkan sedikit air
Jika lembut tambahkan tepung gandum atau tepung jagung.

Uli dan gentelkan bahan uli tadi menjadi bentuk keropok lekor.
Selepas itu,potong keropok lekor ikut citarasa masing-masing.
Goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning-kekuningan.
Sedia dihidang.

Selamat Mencuba.



Mereka lebih berhak.

Monday, October 13, 2008

Malam ni entah kenapa saya rasa nak bercerita pula.Mungkin hari ni saya tak banyak cakap.Jadi mungkin kuota perkataan untuk hari ini masih belum cukup saya luahkan.Tangan saya pula ringan je menekan-nekan keyboard ni.

Sebenarnya cerita yang ingin saya ceritakan sepatutnya ditulis pada malam raya hari tu.Tapi mungkin terlalu sibuk dengan persiapan raya.Akhirnya saya terlupa dengan cerita ini.Tapi hari ni saya ada singgah ke blog sahabat saya yang post terbarunya mengenai tingkah laku arab kat Jordan ni dan di blog yang lain yang memperkatakan sifat kita yang berbuka sampai kenyang barulah mengadap tuhan.Ingat tuhan bila dah kenyang.Dengan tidak semena-mena hati saya tetiba teringat apa yang saya lihat pada malam raya baru-baru ini.


2,3 hari sebelum tu, maka tersebarlah iklan kat ym yang mana Dr. Ahmad, doktor gigi kesayangan akhwat Malaysia tu, telah menjemput semua akhwat Malaysia seirbid ni datang ke Majlis iftor beliau pada 29 Ramadhan. Maka ramailah memperkatakan mengenai Majlis Iftor ini.Masing-masing mempunyai pendapat sendiri.Ada yang nak pergi.Ada juga yang tak nak pergi.

Saya pada mulanya memang berhajat untuk tidak pergi ke majlis tersebut.Pertama mungkin sebab lebih selesa berbuka kat rumah.Kedua mungkin juga saya malu kat Dr.Ahmad tu sebab janjitemu saya dengan dia dah lama bertangguh.Huhu.(Alhamdulillah sekarang dah gi dah jumpa dia)Namun atas desakan(desak ler sangat..) ahli-ahli rumah saya,maka saya pun bersetuju untuk ke majlis itu dengan alasan tak payah masak dan free.

Maka bertolaklah kami ke dewan yang saya dah lupa namanya itu.Tiba di sana ramai jugak akhwat-akhwat Malaysia yang datang.Dari senior sampai ler ke juniornya.Kami dihidang dengan maqlubah dan kabsah sebagai main course.Memang meriah ler dengan makanan hari tu.Berbuka dengan kurma yang paling sedap,makanan yang sedap ,air yang sedap dan pencuci mulut yang sedap.Besar sungguh nikmat Allah ni yer.

Selepas selesai semua,saya dan sahabat-sahabat yang lain bertolak ler ke Masjid Yarmouk untuk solat Maghrib sekali gus solat Insyak dan terawih.Dalam perjalanan kami ke Masjid Yarmouk,adalah 2,3 orang peminta sedekah datang kepada kami.Meminta sedikit belas kasihan untuk mereka terus hidup.Saya seluk beg saya,keluar 3 keping duit syiling yang bernilai rubu3..maka saya bagi duit syiling tu kepada setiap orang.Hati saya terdetik.Apa yang mereka berbuka untuk hari ni yer?

Kami terus berjalan.Hinggalah kami tiba di Quick Burger.Disana saya terlihat satu panorama yang menyentuh hati saya.Yang betul menginsafkan saya.Hampir gugur airmata saya melihatnya.Sebak menyelubungi hati saya ketika itu.Saya terlihat yang mana terdapat sekumpulan wanita dan anak-anaknya sedang mencari-cari sesuatu didalam plastik sampah dari Quick Burger.Rupa-rupanya mereka sedang mengutip sisa-sisa makanan.Mungkin itulah juadah berbuka mereka pada hari ini.

Ya Allah..hati saya menyebut.Sedang saya berkenyang-kenyangan hari ini dengan makanan yang yang sedap dan dijamu lagi.Tapi mereka..hanya mengutip sisa-sisa dari makanan yang hendak dibuang.Zalimnya kami.

"Ya Allah..pergilah kat dewan tadi..banyak lagi makanan yang tak habis".Seorang sahabat saya bersuara.
"Kita ni dahlah makanan kat rumah berlebih-lebihan.Dijamu lagi.Sebenarnya mereka yang lebih berhak.bukan kita".Tambah sahabat yang lain.

Kami hanya berlalu pergi tanpa mampu berbuat apa-apa.Hanya hati mampu berdoa..semoga kehidupan mereka akan bertambah baik.Dan kita sebagai yang bertuah,yang masih mampu untuk hidup dengan baik,yang tak perlu bersusah payah mencari sisa-sisa makanan.Maka ringan-ringankanlah tangan untuk memberi.Ya mungkin kebanyakannya takut..sebab banyak cerita yang berlaku pasal bagi sedekah ni kat arab.Tapi yakinlah dengan Allah..insyaAllah kalau niat kita ikhlas takkan ada apa-apa yang berlaku.Jangan difikirkan sangat pasal sindiket..kalau semua kita fikir yang ni agen sindiket yang tu agen sindiket.Maka..sampai bila-bila pun kita tak bersedekah.Yang tu biarlah terserah pada Allah yang menilainya.Yang penting kita lakukan tanggungjawab kita.

sabda Rasulullah SAW
"Puasa itu perisai, dan sedekah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api”

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Wallahu3alam.

Wajah baru

Monday, October 13, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya rasa macam nak tukar template blog saya.Sebenarnya..saya takdelah suka sangat dengan template yang lama tu.Nampak ke'pink'an sangat.Sampai adik saya pun tegur yang saya ni nampak kebudak2kan dengan template tu.Huhu.Banyaklah dia punya budak-budak.Bab mengata orang memang boleh bagi markah kat zakirah.

So..bermulalah aksi search menge'search' di google.Agak susah jugak nak cari template yang berkenan dihati.Saya nak yang berwarna hijau.Kenapa hijau?.Hmm..mungkin virus hijau yang dibawa datang ke rumah saya ni..dah merebak masuk ke dalam diri saya jugak.Saya memang suka hijau.Lebih-lebih lagi hijau pucuk pisang.Nampak cantik sangat.Tapi takdelah sampai jadi 'hantu' hijau macam junior saya yang sorang nih.Semua benda nak hijau.Sampai pengetip kuku pun hijau.Nasib baik ler dia tak pilih orang hijau jugak yang macam cerita The Mask tu.Hehe.Jangan marah yer dik.

Selepas penat mencari-cari..akhirnya jumpalah template ni..walaupun mungkin takdelah lawa sangat..tapi saya lebih suka yang ni dari yang lama dulu.Ke'pink'an sangat.Kalau yang ni nampak lah jugak ketenangannya bila tengok.Moga-moga zakirah akan cakap saya nampak matang dengan template ni..huhu..





Wahai jiwa yang tenang..

Friday, October 10, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..


"Wahai jiwa yang tenang!"
(Al-Fajr, 89 : 27)

Hatiku bagaikan terusik tatkala membaca ayat ini..
Membuatkan hati ini terus tertanya sendiri..
Adakah aku..jiwa yang tenang itu nanti..?

Wahai jiwa yang tenang..
Bagaikan satu seruan yang penuh kemesraan
Memanggil-manggil hambaNya datang
dalam keadaan penuh keredhaan
tanda kasih Tuhan yang Rahman

Wahai jiwa yang tenang..
yang tak pernah gusar dengan qada' qadar Tuhan
yang tak pernah gundah dalam susah atau senang
yang tetap utuh dalam keluasan atau kesempitan
yang takkan gentar pada kiamat mendatang..

Wahai jiwa yang tenang..
yang dikurniakan syurga sebagai balasan
yang dihembus bayu nyaman menyegarkan
yang diselubungi dengan keamanan dan ketenteraman
yang diatasnya muncul wajah Ar-Rahman Yang Mulia Maha Gemilang

Wahai Tuhanku yang Maha Penyayang
jadikanlah hamba ini berjiwa tenang
yang tetap teguh dengan keimanan
yang tetap thabat di jalan ketakwaan
amin..

-semoga bukan sekadar lakaran kata-kata lidah yang tak bertulang-