Menanti Pasti

Sunday, December 20, 2009

Untuk beberapa ketika ini,berita mengenai kematian bagaikan bersahut-sahutan.Sejak dari awal tahun ini hinggalah sekarang,ia bagaikan tidak pernah lekang dari telinga.Tahun ini saja sudah beberapa orang saudara mara saya meninggal.Bila menerima berita kematian yang melibatkan orang sekeliling,terasa mati itu sangatlah dekat dengan kita.

Saya masih ingat ketika kecil-kecil dulu saya seorang yang sangat suka berfikir yang bukan-bukan bila saya keseorangan.Saya berfikir mengenai umur saya pada masa itu baru 10tahun, selepas itu 20tahun,selepas itu 40tahun dan alih-alih dah pun sampai 6otahun.Selepas itu mati.Bila fikirkan mengenai mati,saya terus gelisah sampai kadang-kadang saya sesak nafas.Padahal masa itu saya masih belum faham dengan sepenuhnya pada hakikat kematian.Memang manusia bila sebut saja pasal mati semuanya akan gelisah.

Tapi kita selalu mendengar dari dialog-dialog drama swasta di kaca tv yang diucapkan oleh watak yang kononnya jahat memperlekehkan mengenai kematian

"Kau tak payahlah jaga tepi kain aku.Kubur kita masing-masing"

Itulah manusia.Angkuh dengan dosa.Kalaulah dialog tu diucapkan pada saya ingin saja saya balas.

"Sebab kubur masing-masinglah aku nak tolong sekarang.Kalau kubur sama-sama tu boleh lah jugak sama-sama tolong masa tu."

Tapi ada senior saya cakap yang dia akan balas macam ni.

"Yelah aku bimbang ler dibuatnya kubur kau sebelah aku,tak pasal-pasal aku yang kena dengar semua jeritan-jeritan kau."

Hehe.

Ada satu lagi kata-kata dari senior saya yang sampai hari ini membuat saya sangat insaf bila memikirkannya.

"Pernah tak kadang-kadang kita terfikir..masa kita tengah tampar nyamuk ke,picit semut ke tetiba tangan kita berselisih dengan malaikat maut yang nak cabut nyawa nyamuk ngan semut tu?..tau tak betapa dekatnya malaikat maut tu dengan kita?.."

Saya pernah terbaca yang dalam satu hari,malaikat maut akan datang menjenguk kita sebanyak 7 kali.Waallahuallam sama ada betul ataupun tidak.Tapi kalaulah betul,entah apalah yang kita tengah lakukan masa dia datang menjenguk itu?

-cukuplah mati sebagai peringatan untuk kita-


p/s-kadang2 rasa nak tersenyum jgk bila ingatkan orang akan marah pada saya bila saya menggunakan 'mati' dlm perckpn sy bukan meninggal dunia.cthnya 'bila dia mati?'.katanya nmpk tak sopan..tapi maaflah yer kwn..kalau kat kelate memg mcm tu kita org guna..tak guna meninggal dunia ni..

Secubit Garam

Wednesday, December 16, 2009

Hari ini terasa nak berkata-kata.Entah apa yang merasuk fikiran,hingga tangan ini mampu pula menekan-nekan keyboard ni.Mungkin rindu itu yang merasuk.

Untuk beberapa ketika ini,kadang-kadang masakan yang di masak terasa tawarnya.Walaupun telah dirasa beberapa kali ketika ia masih di atas api,namun bila tiba masanya untuk dihidang dan dimakan,pasti ada juga benda yang tidak kena.Kurang garam.



Garam adalah satu aspek yang penting dalam penyediaan makanan.Sehebat mana pun tukang masak yang menyediakan dan sesedap mana pun resepi masakan itu,kalau dah namanya kurang garam, ia takkan dikatakan masakan yang sedap.

Bercerita mengenai garam,tetiba fikiran saya terlayar pada suatu kisah yang pernah saya baca dulu dalam satu majalah kanak-kanak.Saya lupa sama ada majalah itu adalah majalah Tatih ataupun majalah OK!.Kedua majalah ini konsepnya lebih kurang sama dengan majalah Asuh sekarang.Tapi bagi saya dari pengisiannya saya lebih sukakan Tatih dan OK!.NAmun majalah ini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada masa itu yang saya sendiri tidak pasti apa sebabnya.

Berbalik pada kisah tadi.Kisah ini menceritakan seorang saudagar yang kaya raya yang bertanya kepada ketiga-tiga anak perempuannya mengenai lambang kasih sayang mereka terhadap dirinya.

Suatu hari,si ayah berasa ragu-ragu dan tertanya-tanya akan kasih sayang ketiga-tiga anak perempuan terhadap dirinya,Maka dipanggil ketiga-tiga anak perempuanya itu dan seraya ia bertanya.

"wahai puteri-puteri ku.Hati ayah mu ini Berasa gundah gulana memikirkan bagaimanakah sayangnya kamu terhadap diriku ini."

Maka jawab lah puteri yang sulung.

"Sayangku terhadap ayah bagaikan sayangnya aku pada emas dan permata."

Maka banggalah si ayah mendengar jawapan puterinya yang sulung itu.Dan selepas itu yang tengah juga menjawab.

"Sayangku terhadap ayah pula bagaikan sayangnya aku pada gudang-gudang kita ayah."

Bertambah-tambah banggalah si ayah bila mendengar jawapan puteri tengahnya.Dan selepas itu ditanya pula pada puterinya yang bongsu.

"Bagaimana pula dengan kamu wahai puteriku yang bongsu?"

"Wahai ayahku yang aku sayangi.Aku menyayangimu bagaikan aku memerlukan garam."

Si ayah terkejut dan berasa amat marah dengan jawapan yang diberikan puteri bongsunya.Manakan mungkin puteri bongsunya itu menyamakan dirinya dengan garam yang baginya tidak berharga langsung.Akibat terlalu marah,maka diperintahkan orang-orang suruhannya mengurung puteri bongsu dalam sebuah bilik.

Dan terkurunglah puterinya yang bongsu dalam bilik itu seorang diri dan meratap kesedihan kerana diperlakukan sebegitu oleh ayahnya sendiri.Hingga beberapa ketika datang seorang orang suruhan perempuan untuk menghantar makanan untuk dirinya.Maka timbullah akal di fikirannya untuk menyedarkan ayahnya akan niatnya yang sebenar.Disuruhnya orang suruhan perempuan itu untuk memasakkan makanan untuk ayahnya tanpa dimasukkan walaupun secubit garam.

Maka tibalah waktu dan ketika untuk si ayah menjamu makanan.Di rasa kesemuanya makanan yang terhidang namun kesemuanya tidak memuaskan hatinya.Semuanya terasa tawar.

Dan bertanyalah si ayah kepada orang suruhannya kenapa semua makanan hari ini tidak bergaram.Adakah sudah habis semua garam di negeri kita ini?

Maka jawablah orang suruhan itu bahawa ini adalah permintaan dari puteri bongsunya supaya semua masakan hari ini tidak bergaram

Berfikirlah si ayah tadi akan maksud puteri bongsunya.Dan barulah ia sedar akan niat sebenar puterinya itu bahawa betapa perlunya dia terhadap garam dalam makanannya,begitulah juga kasih dan perlunya puteri bongsunya terhadap dirinya.

Dan begitu jugalah sayang saya terhadap umi dan ayah saya.Walaupun secubit cuma kasih mereka, ia tetap memberi makna dan rasa terhadap kehidupan saya.Biarlah diganti dengan seribu kasih sayang yang saya terima dari kawan, takkan mungkin sama dengan secubit kasih umi dan ayah.

Aku rindu kita

Wednesday, May 20, 2009

Aku rindu wayang dulu
ada cerita kita

Aku rindu irama dulu
bernada lagu kita

Aku rindu pelangi dulu
berwarna tawa kita

Aku rindu hujan dulu
merintik tangis kita

Aku rindu kita

Sajak yang dicipta dikala otak agak tepu dengan RS.Idea timbul dikala ramai pula geng-geng sweetsc106 muncul di blog ku ini.Sesungguhnya daku juga merindui kalian.

Buat sesiapa yang rasa ingin buat reunion tu,sangat-sangat lah dialukan.Tambah-tambah yang memang duk mesia tu.Jangan pula mengharapkan bekas raidah dengan bekas naibah(nasuha) mu yang jauh ni balik buat.Sesungguhnya cuti kami amatlah pendek.So..kitaorg tunggu berita dari korang aje lah yer.hehe

(tetiba teringat masa berjalan-jalan di blok B dari hujung bangunan yang bermula dengan kelas 5sc6 sampailah ke hujung bangunan yang satu lagi yang mana diakhiri dengan kelas 5sc1.Dan sesungguhnya antara semua kelas disitu,kelas 5sc1 adalah paling bising sekali.terima kasih)

Teringat fatimah yang sentiasa dengan buku
teringat munirah yang sentiasa berseorangan
teringat geng2 k'jah yang bising kat belakang(bising lah sangat)
teringat mardhati yang tidur dalam kelas(sorry mar..gurau2)
teringat nasuha yang sentiasa takde dalam kelas
teringat kelas yang sentiasa kosong time sume bz mesyuarat
teringat sena,ime,pana yang bergosip panjang
dan macam2 aksi lagi..
boleh tambah sendiri kalau nak..

(doakan exam final kawan korang ni k?)

Warna

Saturday, March 28, 2009

Agak lama saya tidak menjenguk blog ni.Kalau rumah,mungkin dah penuh dengan sawang agaknya.Sibuk ke?Entahlah.Kalau awal-awal dulu mungkin sibuk dengan final.Selepas itu balik ke Malaysia.Sampai ler sekarang baru saya menjengah juga muka saya ke blog ini.



Kadang-kadang saya masih keliru dengan warna blog saya.Apakah warna dan corak sebenar yang saya ingin lakarkan pada blog saya ini.Maksud saya bukan warna template.saya ni takdelah ada penyakit buta warna hingga warna hijau yang sangat jelas ini pun saya tak boleh bezakan.hehe.Apa yang saya maksudkan disini adalah tentang corak dan warna penulisan saya.

Pada awal kemunculan blog ini,saya langsung tidak berniat untuk menjadikan blog ini bagaikan diari saya walaupun saya ni penulis diari yang tegar.Apa yang patut saya tulis dalam diari,saya akan tulis dalam diari.Untuk mencorak warna penulisan saya di blog ini,tidak semestinya saya harus juga menunjukkan warna sebenar diri saya.Tapi terkadang mungkin juga sedikit sebanyak saya tertulis juga corak warna diri saya,hingga orang mampu menilai saya melalui tulisan saya.

Saya amat menggemari ke blog Ainul.Blognya tersangat ler berwarna warni.Berwarna-warni dengan kehidupan ainul yang terkadang merah,hijau dan sebagainya(sebenarnya blog ainul memang berwarna warni.hehe..sorry ye dik..gurau2).

Bercerita mengenai warna,sekarang saya telah melakarkan kehidupan saya dengan warna merah dan putih.Merah putih melambangkan ambulans,baju doktor,darah dan semua yang berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang doktor.Ia juga melambangkan warna bendera Jepun(takde kaitan).

Pada mulanya,cita-cita saya bukanlah ingin menjadi seorang doktor.Lepas habis PMR saya dah target bahawa nanti saya akan menjadi seorang Bussinesswoman yang berjaya. Hingga saya sanggup tambah subjek perdagangan dalam subjek wajib saya untuk SPM kerana pada masa itu saya berada di kelas sains tulen.Saya dah siap bajet yang saya akan membuka sebuah syarikat perhotelan dengan kerjasama adik-adik saya kerana saya begitu berminat dengan bidang perhotelan.(Sebenarnya ni pengaruh cerita cina yang pernah main kat tv sebenarnya).

Namun,cinta saya dihalang.Sebab kata umi,bidang bussiness tak menjamin masa depan.Dan sudah banyak graduan-graduan yang berkelulusan perniagaan mengganggur.Tapi tidak semestinya cinta itu saya kuburkan terus.Bagi saya,tak semua ahli perniagaan yang berjaya lahir dari yang berkelulusan perniagaan.Semua bergantung kepada usaha,strategi dan rezeki.InsyaAllah,akan saya terus mewarnai cita-cita saya itu.Tapi buat masa ini saya harus fokus kepada warna merah dan putih dulu.Kerna ini adalah amanah buat saya.

Teruslah warnai hari mu dengan cahaya hidayahNya dan jangan kaburkannya dengan dosa dan noda.Jauhi dan jangan dekati Zina.