Secubit Garam
Wednesday, December 16, 2009
Hari ini terasa nak berkata-kata.Entah apa yang merasuk fikiran,hingga tangan ini mampu pula menekan-nekan keyboard ni.Mungkin rindu itu yang merasuk.
Untuk beberapa ketika ini,kadang-kadang masakan yang di masak terasa tawarnya.Walaupun telah dirasa beberapa kali ketika ia masih di atas api,namun bila tiba masanya untuk dihidang dan dimakan,pasti ada juga benda yang tidak kena.Kurang garam.
Garam adalah satu aspek yang penting dalam penyediaan makanan.Sehebat mana pun tukang masak yang menyediakan dan sesedap mana pun resepi masakan itu,kalau dah namanya kurang garam, ia takkan dikatakan masakan yang sedap.
Bercerita mengenai garam,tetiba fikiran saya terlayar pada suatu kisah yang pernah saya baca dulu dalam satu majalah kanak-kanak.Saya lupa sama ada majalah itu adalah majalah Tatih ataupun majalah OK!.Kedua majalah ini konsepnya lebih kurang sama dengan majalah Asuh sekarang.Tapi bagi saya dari pengisiannya saya lebih sukakan Tatih dan OK!.NAmun majalah ini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada masa itu yang saya sendiri tidak pasti apa sebabnya.
Berbalik pada kisah tadi.Kisah ini menceritakan seorang saudagar yang kaya raya yang bertanya kepada ketiga-tiga anak perempuannya mengenai lambang kasih sayang mereka terhadap dirinya.
Suatu hari,si ayah berasa ragu-ragu dan tertanya-tanya akan kasih sayang ketiga-tiga anak perempuan terhadap dirinya,Maka dipanggil ketiga-tiga anak perempuanya itu dan seraya ia bertanya.
"wahai puteri-puteri ku.Hati ayah mu ini Berasa gundah gulana memikirkan bagaimanakah sayangnya kamu terhadap diriku ini."
Maka jawab lah puteri yang sulung.
"Sayangku terhadap ayah bagaikan sayangnya aku pada emas dan permata."
Maka banggalah si ayah mendengar jawapan puterinya yang sulung itu.Dan selepas itu yang tengah juga menjawab.
"Sayangku terhadap ayah pula bagaikan sayangnya aku pada gudang-gudang kita ayah."
Bertambah-tambah banggalah si ayah bila mendengar jawapan puteri tengahnya.Dan selepas itu ditanya pula pada puterinya yang bongsu.
"Bagaimana pula dengan kamu wahai puteriku yang bongsu?"
"Wahai ayahku yang aku sayangi.Aku menyayangimu bagaikan aku memerlukan garam."
Si ayah terkejut dan berasa amat marah dengan jawapan yang diberikan puteri bongsunya.Manakan mungkin puteri bongsunya itu menyamakan dirinya dengan garam yang baginya tidak berharga langsung.Akibat terlalu marah,maka diperintahkan orang-orang suruhannya mengurung puteri bongsu dalam sebuah bilik.
Dan terkurunglah puterinya yang bongsu dalam bilik itu seorang diri dan meratap kesedihan kerana diperlakukan sebegitu oleh ayahnya sendiri.Hingga beberapa ketika datang seorang orang suruhan perempuan untuk menghantar makanan untuk dirinya.Maka timbullah akal di fikirannya untuk menyedarkan ayahnya akan niatnya yang sebenar.Disuruhnya orang suruhan perempuan itu untuk memasakkan makanan untuk ayahnya tanpa dimasukkan walaupun secubit garam.
Maka tibalah waktu dan ketika untuk si ayah menjamu makanan.Di rasa kesemuanya makanan yang terhidang namun kesemuanya tidak memuaskan hatinya.Semuanya terasa tawar.
Dan bertanyalah si ayah kepada orang suruhannya kenapa semua makanan hari ini tidak bergaram.Adakah sudah habis semua garam di negeri kita ini?
Maka jawablah orang suruhan itu bahawa ini adalah permintaan dari puteri bongsunya supaya semua masakan hari ini tidak bergaram
Berfikirlah si ayah tadi akan maksud puteri bongsunya.Dan barulah ia sedar akan niat sebenar puterinya itu bahawa betapa perlunya dia terhadap garam dalam makanannya,begitulah juga kasih dan perlunya puteri bongsunya terhadap dirinya.
Dan begitu jugalah sayang saya terhadap umi dan ayah saya.Walaupun secubit cuma kasih mereka, ia tetap memberi makna dan rasa terhadap kehidupan saya.Biarlah diganti dengan seribu kasih sayang yang saya terima dari kawan, takkan mungkin sama dengan secubit kasih umi dan ayah.

hari ini dlm sejarah: 1st time k.husna masak sgt masin... (apa tandanya tu?
-TQ-
klu mengikut kata org2 tua..err..no komen..hehe..
sorrylah mungkin saya puasa hr ni..main cmpak je garam td..
bak kata orang muda2 seperti saya,itu maknanya,nak suruh sy gi try n join makan setiap kali husna masok..hehehe...
mengikut amalan patik tuanku, sbb masakan itu menjadi sgt masin karena terlebih letak garam, ampun tuanku~.
Kasih sayang seorang anak bagaikan dia perlukan garam dalam masakannya..
Tapi ingatlah, bukan hanya garam yang diperlukan dalam sesuatu masakan.
Contoh, kalo nak masak kari mamak, kena ada minyak, bawang, serbuk kari, asam jawa dan banyak lagi.
Jadi, rasa kasih sayang terhadap ibu bapa bukan setakat perasaan yang lahir dalam hati, rindu yang lahir semasa merantau..
Tetapi juga terletak pada kesopanan ketika bertutur, kesanggupan mengharungi baik buruk mereka, dan doa yang dipanjatkan untuk kesejahteraannya.
Tiba-tiba lak terpikiaq.
Oh, and saya rindu kak husna.