Kasih Umi

Tuesday, December 23, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya tak lupa.Saya ingat.Tapi cuma mungkin keadaan yang membuatkan saya lambat mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.Dah seminggu saya ingat.Tapi bila tiba harinya saya terlupa.Ya.Hari ini adalah ulang tahun kelahiran umi saya yang ke 45.45 tahun?Wah..umi saya semakin tua.Saya rasa tak sangka.Begitu sekejapnya masa berlalu.

Kalau nak dikira,dah hampir 20 tahun saya dilahirkan,terlalu banyak yang umi lakukan untuk saya.Walaupun mungkin kalau dulu umi selalu marah dan membebel kat saya tetapi kalau difikirkan balik,kalau bukan itu yang umi lakukan.Tentulah saya bukanlah saya yang sekarang.Yelah.Tambah-tambah dapat anak-anak yang nakal dan tak betul@gila-gila macam kitaorang ni.


umi dan ayah


Bagi kami adik beradik,umi kitaorg bukanlah macam ibu-ibu orang lain(of coz ler tak sama.hehe).Bak kata ayah saya,cara umi mendidik anak-anaknya,malah ayah saya sendiri adalah dengan memberi 'motivasi terbalik'.Macam mana yang dikatakan motivasi terbalik tu..?Saya pun tak pandai nak terangkan.Hanya ayah dan kami adik beradik yang memahaminya.

Kehidupan dan cara saya berfikir banyak dipengaruhi oleh umi.Cara umi saya berfikir saya dan adik2 namakan ia 'fikir lebih'.ini kerana dalam semua hal umi saya akan fikir sedalam-dalamnya.Sebab itulah,dalam kehidupan kami adik beradik tak semuanya yang kami minta akan dapat.Contohnya saya masih ingat ketika saya berada di tahun 6 di sekolah rendah.Pada masa itu sekolah saya menganjurkan satu perkhemahan yang melibatkan pelajar tahun 4 hingga tahun 6.Saya seperti kawan-kawan yang lain pastilah teruja hendak menyertai perkhemahan tersebut.Namun umi saya tidak membenarkan saya menyertainya.Entahlah.Saya pun tak pasti kenapa umi tidak benarkan.Mungkin umi tidak percayakan suasana dan orang dalam perkhemahan tersebut.Mungkin sebab saya perempuan.Dan banyak mungkin2 lagi.Betapa kecewanya saya hari itu.Sebabsaya seorang saja yang tak dapat pergi.Tapi bila difikirkan balik,apa yang umi buat itulah yang terbaik untuk saya.

Dan yang paling utama dan besarnya pengaruh umi dalam diri saya adalah masak.Umi saya memang suka dan pandai masak.Sampai sekarang buku resepi umi zaman muda2 dulu masih ada lagi dan telah pun diperturunkan kepada kami adik beradik.Kalau dulu saya dan adik beradik selalu memberontak tak nak ke dapur bila umi panggil untuk memasak,tapi sekarang saya sangat bersyukur kerana kalau bukan sebab itulah takdelah saya dan adik-adik yang lain boleh masak.Semalam bila saya telefon umi tentang hal apa yang berlaku semalam,saya tahu disebalik nada umi itu,umi bangga dengan saya.Saya anggap itulah hadiah hari jadi untuk umi.

Selamat Hari Jadi Umi,semoga rahmat Allah sentiasa bersama umi.

daripada,
kaklong,irsyad,nasuha,zakirah,muzaffar,mustaqim.

Tag - Buat arina tersayang

Saturday, December 20, 2008

Bismillahirrahmanirrahim...

My top 10 most favourite foods

1-Mee Kari yang buat kat umah malaysia..sebab mmg meriah dgn fishball,fishcake,udang,tauhu..etc..(nak suh umi sambut dgn Mee kari blik nanti..huhu)

2-Laksa penang+keropok keping goreng+fishball..

3-Nasi Kerabu..(yg ni sepatutnya letak no1)

4-Tomyam yang masam dan pedas kaw2 punya

5-CPT(cendol pulut tapai) yang makcik tepi Pantai Timur jual..(kirah..klong blik nanti tolong bli k?)

6-Kerabu Perut

7-Pisang salai@pisang ripi yang mok buat

8-Kerepek bawang(tgh mengidam gila ni..)

9-Rendang resepi dari Mai..kredit utk Mai..

10-Maggi Kari+keropok keping+telur..(isk..isk..dukturah)

10+1-Air soya+yong tau fu yang pakcik jual depan Maahad..

(sori terlebih plak bg)


top 10 things i love doing

1- masak

2- memenuhkan diari dengan cerita2 yg berlaku hari tu..takleh miss

3- duk tepi tingkap dalam bas sambil tengok pemandangan+orang

4- berskypean dgn umi ayah

4- tgk,dgr bunyi hujan

5- baca buku..

6- baca blog

7- duduk dalam bilik..(bak kata asma duk dalam gua)

8- merayau-rayau kat internet cari resepi baru

9- guna bahasa2 klasik

10- dengar citer adik2ku


5 things i love doing when i'm emo

1- diamkan diri

2- mandi..kasi sejuk sket

3- tulis diari panjang2

4- tepon umi,ckp kat irsyad

5- nangis je lah


top 5 types of guys i adore..(erk..kna jawab jgk ke soklan ni?)

1- yang Allah suka

2- yang umi ayah suka

3- yang adik beradik suka

4- -

5- -


5 things i love doing when i'm happy

1- senyum,gelak2

2- tepon umi ayah

3- masak

4- makan

5- ingat Allah..syukur dgn nikmat yg diberikan..


things i wish to happen

1- saya duk kat mesia skang ni..huhu..nak blik!!

2- insyallah kalau ade rezeki..wat umrah atau haji dgn keluarga

3- saya fikir arina betul..cepat ler habis belaja medik ni..


my top 10 most addicted songs

1- Senandung rindu by asiah

2- Nasib Malang by R.ismail

3- Senandung Malam
(wah...kenapa lagu klasik jiwang sume nih)

4- insaf by rabbani

5- akhirnya by Gigi

6- Allah Knows

7- -

8- -

9- -

10- -

(sorilah..malas nak pk..sume best je rs..)

People i wish to tag

-the one and only..saufi..
(klu bz..abaikan jelah ok?)

Yang memandang

Saturday, December 13, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..selesai sudah majlis Jom Korban.Satu helaan nafas yang panjang saya luahkan.Mungkin pengarah dan timbalannya lebih-lebih lagi leganya.Sejuta kemaafan saya pohon atas segala kekurangan terutama dalam bahagian pengurusan makanan majlis tersebut.Kami cuba merancang yang sebaiknya.Tapi jika ada cacat celanya,harap dapat dimaafkan.InsyaAllah segala kekurangan itu akan kami baiki.

Sebenarnya saya agak kecewa sebab saya tidak sempat habis menonton teater ADHA pada malam itu yang mana rata-rata sahabat saya mengatakan teater itu amat cemerlang persembahannya.Jadi harapnya selepas ni,kalau ada AJK pelaksana yang merakam teater tersebut,bolehlah di uploadkan supaya orang yang ketinggalan menonton teater tersebut contohnya seperti saya ini boleh juga mengambil manfaatnya.

Bercerita mengenai majlis tersebut,tetiba saya teringat satu kejadian.Dalam saya tengah sibuk menguruskan makanan,tetiba seorang sahabat saya menegur saya.

'Kak husna..nampak tak?'

Saya berpaling kearah benda yang ingin ditunjuk sahabat saya itu.Ye saya nampak.Saya lihat.Tapi saya hanya tersenyum.Hanya hati saya yang berbicara.Tangan saya terus tekun melakukan kerja.Seperti biasa,dan selalunya,saya hanya memandang.Tanpa apa-apa tindakan.

Bila pulang ke rumah,sahabat arab saya asyik bercerita betapa gembiranya dia hari ni sebab dapat hadir ke majlis tersebut.Dia bercerita yang dia sempat berbual dengan Ustaz Sulaiman,Ustaz Mujahid dan ayah k'zai sendiri.Saya tahu sahabat saya yang seorang ni peramah orangnya.Kalau tidak,masakan dia mempunyai ramai kawan dalam kalangan pelajar Malaysia sama ada dalam kalangan akhwat mahupun syabab terutama dalam batch saya.

Kadang-kadang saya menegur juga tentang sifat ramah-tamahnya itu yang terkadang bagi saya akan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.Saya sayangkan dia dan saya tidak mahu orang memandang serong kepadanya.Saya tahu niat sahabat saya yang sebenarnya.Dia hanya cuba berbaik-baik dengan semua orang Malaysia bukan saja dengan akhawat bahkan dengan syabab juga.Tapi tak semua orang akan memandang dengan pandagan yang sama.Kerana mata manusia mempunyai seribu satu cara memandang.

Saya tak salahkan orang yang memandang dan tak salahkan juga ramah sahabat saya.


Wallahu3alam.

Hikayat Sri Permai

Friday, December 05, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Adapun bagaikan seluruh buana telah heboh akan khabaran majelis keramaian yang akan kita adakan di negara SRI PERMAI ini dari si tukang palu dan si tukang gendang,maka izinkan hamba juga untuk berkata-kata mengenai majelis yang demikian.

Telah dikurniakan oleh Allah Taala akan hamba-hambanya 2 hari kebesaran yakni EidulFitri dan Eiduladha.Maka wajiblah kita hamba-hambanya yang taat dan patuh akan segala suruhannya membesarkan kedua hari ini.Sejurus itu,telah timbul di batu jemala memanda menteri untuk diadakan majelis korban bagi sekelian hamba rakyat.

Hampir sepurnama lagaknya berkerah tenaga dan akal sekalian hamba rakyat dan menteri-menterinya memikirkan akan majelis ini hingga tidak cendera lenanya,maka dengan kuasa Allah Taala Tuhan Sekelian Alam,adalah majelis itu telah pun ditetapkan harinya.



Arakian adapun sejuk syita' ini telah pun menjadi panas dengan satu lagi khabar yang tak disangka-sangka akan ketibaan jodoh kedua kekanda kita ini iaitu kekanda Noor Zayyani dengan suaminya Amir Razak.Seperti yang diperkatakan tentang mempelai ini yang bagaikan dua sejodoh.


Keduanya sama cantik,
Rupa sama cantik,
Badan sama sihat,
Hati sama suka;
Bintang sama naik,
Peroman sama baik.

Dibujur sama panjang,
Dibidang sama lebar,
Ditimbang sama berat,
Disukat sama penuh,
Dua setumbuk bagai gelang,
Dua sepasang bagai subang,
Bagai pinang dibelah dua.

Gelugur di tebing tinggi,
Bulang-baling dalam belukar;
Diukur sama tinggi,
Dibanding tidak bertukar.

Bagai susu denga sakar,
Bagai cincin dengan permata,
Bagai cembul dengan tutupnya,
Sirih pulang ke gagangnya,
Bunga pulang ke tangkainya,
Buah pulang ke tampuknya,
Kuah tumpah ke nasinya,
Harta pulang ke yang empunya


Sesungguhnya telah timbul juga di batu jemala menteri untuk mengisi rohani hamba rakyatnya sambil menghiburkan hati-hati hamba rakyat yang lara selepas ujian dan dugaan yang dilalui dalam menuntut ilmu kedukunan dan ugama,maka lahirlah suatu pementasan untuk tontonan hamba rakyat kesemuanya.




Dengan itu, maka mengelu keseluruh hamba rakyat penduduk negeri Sri PERMAI untuk sama-sama memeriahkan majelis ini.Biarlah seperti ini lagaknya.

Yang capik datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin

Yang pekak leka bertanya

Yang kecil terambin lintang

Yang jarak tolak-tolakan

Yang pendek tinjau-meninjau

Yang kurap mengekor angin


Adapun jika beramai-ramai kalian datang, maka mekarlah kuntuman bunga-bunga riang di hati menteri-menteri sekelian akan kesudian hamba rakyatnya hadir ke majelis ini.Arakian segala baik budi hamba rakyatnya akan terpahat di batu jemala menteri-menteri.Moga-moga dengan majelis ini, maka makin dekatlah hati kita dengan Pencipta kita, Allah Taala yang maha Kuasa.


Wassalam.






Untuk Dia

Thursday, December 04, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya tujukan lirik ni untuk seorang sahabat saya.Semoga dia tahu bahawa Allah tahu.

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows


No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows


When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows


Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Tagged

Wednesday, December 03, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya telah di'tag'.Ini adalah kali pertama saya menerima benda seperti ini.Dan orang yang meng'tag' saya adalah adik kesayangan saya..Qisti..huhu..saya takdelah pandai mana main benda2 alah ni.Tapi satu ayat Qisti yang takleh blah yang saya nak quotekan kat sini..

9.Number three is have a relationship with?
Hoh.Mane la saye tau.Umur dah oke tu Kak Husna.Mau nasik minyak.


Pandai yer qisti skang.

1.Do you think you are hot?l
Saya hot bila hari hot,minum hot chocolate..mungkin bila dengar hotfm..

2.Upload favourite picture of you







3.Why do you like that picture?
tak tahu nape suka sangat gambar ni..mgkin ia melambangkan saya..

4.When was the last time you ate pizza?
hari ahad lepas..lepas habis exam genetics..hari tu mmg kemaruk tak nak makan nasi walaupun saya yang masak..lepas je masak buat tindakan nekad sket gi zamzam..bli pizza frozen jer pun..balik panaskan guna oven..huhu..

5.The last song you listen to?
Allah knows by Zain Bikha..layan perasaan sket..

6.what are you doing rite now besides this?
Tengah dengar Asma duk terangkan psl perkahwinan k'zay kat kawan arab saya,Nusaybah.Kecoh betul..

7.What name would you prefer besides yours?
Takde kot..saya suka nama saya..cahaya yang lawa..hmm..(lawa ke?@_@)...umi saya cakap dia fikir nama saya sebelum dia kahwin lagi..heee..advance2...tapi nama rumah dengan nama luar lain lah plak..rumah umi ayah pnggil nurul..

people to tag:
takpelah..taknak tag saper2..

semoga berpuas hati yer qisti..