Hikayat Sri Permai
Friday, December 05, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Adapun bagaikan seluruh buana telah heboh akan khabaran majelis keramaian yang akan kita adakan di negara SRI PERMAI ini dari si tukang palu dan si tukang gendang,maka izinkan hamba juga untuk berkata-kata mengenai majelis yang demikian.
Telah dikurniakan oleh Allah Taala akan hamba-hambanya 2 hari kebesaran yakni EidulFitri dan Eiduladha.Maka wajiblah kita hamba-hambanya yang taat dan patuh akan segala suruhannya membesarkan kedua hari ini.Sejurus itu,telah timbul di batu jemala memanda menteri untuk diadakan majelis korban bagi sekelian hamba rakyat.
Hampir sepurnama lagaknya berkerah tenaga dan akal sekalian hamba rakyat dan menteri-menterinya memikirkan akan majelis ini hingga tidak cendera lenanya,maka dengan kuasa Allah Taala Tuhan Sekelian Alam,adalah majelis itu telah pun ditetapkan harinya.
Arakian adapun sejuk syita' ini telah pun menjadi panas dengan satu lagi khabar yang tak disangka-sangka akan ketibaan jodoh kedua kekanda kita ini iaitu kekanda Noor Zayyani dengan suaminya Amir Razak.Seperti yang diperkatakan tentang mempelai ini yang bagaikan dua sejodoh.
Keduanya sama cantik,
Rupa sama cantik,
Badan sama sihat,
Hati sama suka;
Bintang sama naik,
Peroman sama baik.
Dibujur sama panjang,
Dibidang sama lebar,
Ditimbang sama berat,
Disukat sama penuh,
Dua setumbuk bagai gelang,
Dua sepasang bagai subang,
Bagai pinang dibelah dua.
Gelugur di tebing tinggi,
Bulang-baling dalam belukar;
Diukur sama tinggi,
Dibanding tidak bertukar.
Bagai susu denga sakar,
Bagai cincin dengan permata,
Bagai cembul dengan tutupnya,
Sirih pulang ke gagangnya,
Bunga pulang ke tangkainya,
Buah pulang ke tampuknya,
Kuah tumpah ke nasinya,
Harta pulang ke yang empunya
Sesungguhnya telah timbul juga di batu jemala menteri untuk mengisi rohani hamba rakyatnya sambil menghiburkan hati-hati hamba rakyat yang lara selepas ujian dan dugaan yang dilalui dalam menuntut ilmu kedukunan dan ugama,maka lahirlah suatu pementasan untuk tontonan hamba rakyat kesemuanya.
Dengan itu, maka mengelu keseluruh hamba rakyat penduduk negeri Sri PERMAI untuk sama-sama memeriahkan majelis ini.Biarlah seperti ini lagaknya.
Yang capik datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek tinjau-meninjau
Yang kurap mengekor angin

Adapun jika beramai-ramai kalian datang, maka mekarlah kuntuman bunga-bunga riang di hati menteri-menteri sekelian akan kesudian hamba rakyatnya hadir ke majelis ini.Arakian segala baik budi hamba rakyatnya akan terpahat di batu jemala menteri-menteri.Moga-moga dengan majelis ini, maka makin dekatlah hati kita dengan Pencipta kita, Allah Taala yang maha Kuasa.
Wassalam.
wah2 mantaplah kak husna. sy tak pernah lg berjaya baca cerita klasik sampai ke hujung. hikayat sri permai ni yang pertama. hehe.
*tepuk2 tangan utk kak husna*
Jom ramai2 ke Majlis JOM KORBAN..!!
hehe..arina..apalah yg ada pada hikayat ni..bek g cari hikayat yg btul hikayat..hehe..
wuh.. saya sesat masuk zaman kesultanan melayu melaka kah ini?
Erm, tuan hamba yang budiman.. Apakah sudi kiranya memberi khabaran pada hamba bagaimana kiranya hidangan yang bakal tuam hamba sajikan pada sekelian jelata yang hadir di keramaian ini? Bukankah tuan hamba ini tukang masak diraja yang sungguh arif lagi bijaksana malah sedap air tangannya.. hehe~
Hamba turut ternanti menyaksi gemilangnya keramaian kita kali ini kerana khabarnya jelata dan raja negeri-negeri sana turut hadir di kalangan kita. Harap kita menteri sekelian akan mengatur segala dengan indah tanpa cela.. INsyallah.. Kita sebagai rakyat sudi sama membantu ringan beban paduka tuanku. ^_^
terima kasih hamba ucapkan pada adinda ainul atas pujiannnya.rasa begitu tidak layak pacal yg hina ini untuk menerima pujian yg sebegitu tinggi melangit.Ingin hmba khbarkan pada adinda ainul yg sajian utama utk hamba rakyat itu tidaklah hamba yang sediakan..insyaAllah tukang masaknya mendapat didikan dari duli yg mulia tuanku sendiri..hamba sekadar memberi cadangan semata2..jika adinda ainul ingin tahu apakah sajian utama hari yang barakah itu,maka silah adinda hadir.
-gelak sambil guling2-
erk! terus rase nk jwb soalan komsas!
aiyak..
zaman hang tuah ko ni...kua3
Kak Husna ..
teringat komsas.
ehe.
nmpknyer, kak Husna ade potensi buat dialog pementasan teater hang tuah.
oh yeah ..
to qisti
pegi cari blik buku2 komsas..hehe..
to suha
wa..sebelum tulis bnda ni..malam tu aku mimpi jumpa hang tuah..tu smpi tersasul2 dlm blog ni..hehe
to arina
ade ke yg nk tgk nnt?hehe
adapun adinda yang pacal ini tidak mengerti akan apa yang dibicarakn.. sungguhnya adinda agak keriangan melihat kakanda-kakanda bermadah bicara disini..hehe3!
hatta..majulah hikayat untuk negara..
hahahaha...
aku rse dh slh gne perkataan nih..
kalu xphm tu wat2 phm je ler..
yg letih berdiri dah duduk
yg letih berjalan dh brhenti
yg letih ketawa dah terburai perut
yag aku nih xreti2 nk berhnti ker..
hohohoho3! sje jah tu...
wassalam..^^,