Kasih Umi

Tuesday, December 23, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya tak lupa.Saya ingat.Tapi cuma mungkin keadaan yang membuatkan saya lambat mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.Dah seminggu saya ingat.Tapi bila tiba harinya saya terlupa.Ya.Hari ini adalah ulang tahun kelahiran umi saya yang ke 45.45 tahun?Wah..umi saya semakin tua.Saya rasa tak sangka.Begitu sekejapnya masa berlalu.

Kalau nak dikira,dah hampir 20 tahun saya dilahirkan,terlalu banyak yang umi lakukan untuk saya.Walaupun mungkin kalau dulu umi selalu marah dan membebel kat saya tetapi kalau difikirkan balik,kalau bukan itu yang umi lakukan.Tentulah saya bukanlah saya yang sekarang.Yelah.Tambah-tambah dapat anak-anak yang nakal dan tak betul@gila-gila macam kitaorang ni.


umi dan ayah


Bagi kami adik beradik,umi kitaorg bukanlah macam ibu-ibu orang lain(of coz ler tak sama.hehe).Bak kata ayah saya,cara umi mendidik anak-anaknya,malah ayah saya sendiri adalah dengan memberi 'motivasi terbalik'.Macam mana yang dikatakan motivasi terbalik tu..?Saya pun tak pandai nak terangkan.Hanya ayah dan kami adik beradik yang memahaminya.

Kehidupan dan cara saya berfikir banyak dipengaruhi oleh umi.Cara umi saya berfikir saya dan adik2 namakan ia 'fikir lebih'.ini kerana dalam semua hal umi saya akan fikir sedalam-dalamnya.Sebab itulah,dalam kehidupan kami adik beradik tak semuanya yang kami minta akan dapat.Contohnya saya masih ingat ketika saya berada di tahun 6 di sekolah rendah.Pada masa itu sekolah saya menganjurkan satu perkhemahan yang melibatkan pelajar tahun 4 hingga tahun 6.Saya seperti kawan-kawan yang lain pastilah teruja hendak menyertai perkhemahan tersebut.Namun umi saya tidak membenarkan saya menyertainya.Entahlah.Saya pun tak pasti kenapa umi tidak benarkan.Mungkin umi tidak percayakan suasana dan orang dalam perkhemahan tersebut.Mungkin sebab saya perempuan.Dan banyak mungkin2 lagi.Betapa kecewanya saya hari itu.Sebabsaya seorang saja yang tak dapat pergi.Tapi bila difikirkan balik,apa yang umi buat itulah yang terbaik untuk saya.

Dan yang paling utama dan besarnya pengaruh umi dalam diri saya adalah masak.Umi saya memang suka dan pandai masak.Sampai sekarang buku resepi umi zaman muda2 dulu masih ada lagi dan telah pun diperturunkan kepada kami adik beradik.Kalau dulu saya dan adik beradik selalu memberontak tak nak ke dapur bila umi panggil untuk memasak,tapi sekarang saya sangat bersyukur kerana kalau bukan sebab itulah takdelah saya dan adik-adik yang lain boleh masak.Semalam bila saya telefon umi tentang hal apa yang berlaku semalam,saya tahu disebalik nada umi itu,umi bangga dengan saya.Saya anggap itulah hadiah hari jadi untuk umi.

Selamat Hari Jadi Umi,semoga rahmat Allah sentiasa bersama umi.

daripada,
kaklong,irsyad,nasuha,zakirah,muzaffar,mustaqim.

3 rasa terhikayat:

  1. kasih ibu kasih sejati..
    kasih Allah kasih abadi..

  2. happy birthday to Umi kak Husna.
    =)

  3. wah!! terharu...
    T-T....!!!!
    hahaha3...