Cerita-cerita

Tuesday, August 19, 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan Salam keatas junjungan mulia
Rasulullah SAW,keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Hampir satu bulan saya tak menulis.Bukan tidak ada cerita yang hendak ditulis.Dan bukan juga masalah ketiadaan internet di rumah untuk saya mengupdate blog ni.Malah alhamdulillah internet kat rumah saya agak laju.Hmm..Bukan agak kot.Memang laju.Tapi mungkin saya terlalu menghargai masa saya bersama keluarga yang mana membuatkan saya jarang online.Kalau ada orang hantar sms pun,lepas 3 hari baru saya balas.Hp saya duk merata-rata tempat.Memang family lah semuanya.

Hari ni dah hampir 3 hari saya tiba di Jordan.Terasa sangat sekejap je.Terasa baru semalam saya balik ke Malaysia.Terasa baru semalam saya tengok wajah umi dan ayah saya.Terasa baru semalam saya mendengar cerita adik-adik saya.Terasa baru semalam saya masak kat dapur saya.Semuanya bagaikan sekelip mata.Dan kenyataanya,saya dah ada kat Jordan sekarang.



Semalam saya sempat chatting dengan adik saya Mustaqim yang berada di Tahun 4 sekarang.Sayu jer hati ni bila dia cakap yang dia rindukan saya.Dia nak saya balik Malaysia.Dia kata tak puas lagi main dengan kak long.Yang abangnya Muzaffar,siap merah-merah mata lagi.Adik-adikku..terharunya kaklong ni.




Alhamdulillah, walaupun sebulan balik ke Malaysia,banyak jugak benda yang saya dapat lakukan selain tidur bangun dan makan bak kata umi saya. Sebelum balik Malaysia adalah jugak berjanji dengan kawan-kawan saya.Nak buat itulah.Nak buat ini lah.Tapi bila dah tiba Malaysia,masing-masing nampaknya lebih suka habiskan masa dengan keluarga.Dan semuanya hanya tinggal rancangan dan cadangan semata-mata.

Walaubagaimanapun Alhamdulillah, pada cuti yang lepas saya sempat 2 kali ke kuliah jumaat yang diadakan setiap minggu di tengah-tengah bandar Kota Bharu yang mana kuliah ini disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan. Memang dah lama sangat saya tak pergi sana.Tambah-tambah bila dah belajar kat luar ni. Bagi saya kuliah ni sangat unik. Ia diadakan di tengah-tengah bandar Kota Bharu,di atas jalan tar,ditepi bangunan-bangunan,di hadapan kedai-kedai yang mana semuanya berselerak dengan manusia yang rohaninya dahagakan ilmu.Dari kanak-kanak hinggalah ke warga tua.Mereka datang dari seluruh pelusuk Kelantan,berkumpul semata-mata untuk mendengar kuliah yang akan disampaikan oleh Menteri Besar mereka.Saya terasa takjub dan bangga dengan budaya ini.







Walaupun sekarang saya dah balik Jordan,Alhamdulillah saya masih jugak dapat dengar kuliah tu yang mana sekarang telah diuploadkan di youtube. Mungkin sesiapa yang berminat nak dengar,boleh ler klik disini

Sebelum pulang ke Malaysia, saya juga sempat ke sekolah lama saya,Maahad Muhammadi(P) bersama 3 orang rakan yang lain dari Jordan dan 6 dari Mesir untuk sesi ramah mesra bersama pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Melalui program ini kami mengambil peluang memperkenalkan Jordan dan Mesir kepada mereka dengan kursus-kursus yang ditawarkan di Jordan dan Mesir. Alhamdulillah ramai juga yang berminat untuk datang ke JUST yang mana selama ni mereka masih samar-samar untuk menyambung pelajaran ke Jordan. Sememangnya memang niat kami untuk menambahkan lagi komuniti pelajar MMP di Jordan ni yang mana masih kurang berbanding dengan Mesir yang sememang dikatakan ber'sepah' dengan pelajar maahad..hehe..ayat..

Menjadi si pohon semalu~

Friday, August 08, 2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah SAW
keluarga serta para sahabat baginda

Hmm..kenal tak kita dengan pohon semalu?Hari ni rasa nak berkongsi pulak satu cerita yang pernah saya baca yang mana berkaitan dengan pohon semalu dan juga kita sebagai wanita.Kenapa kita wanita dibandingkan dengan pohon semalu??Musykil2..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Subhanallah..begitu dekat perbandingan pohon semalu itu dengan kita.Sememangnya Islam telah meletakkan kedudukan wanita dengan begitu tinggi sekali.Tapi dengan syarat kita mengikuti segala suruhan Allah dan saranan Rasullah.Dari sini kemanisan seumpama madu menjadi seorang wanita ini dapat dirasai. Kalau tidak, dengan sebab itu lah hilang segala kemanisannya dan yang tinggal hanya kepahitan semata-mata.

Janganlah kita menjadi wanita yang diumpamakan seperti rama-rama.Indah dipandang namun apabila keluar dari kepompongnya,keluar melihat dunia sehingga kepompongnya dilupakan.Tidak pulang kerumah bahkan tersidai ditempat yang tidak sepatutnya.

-tetiba teringat satu kata-kata yang saya tak pasti sama ia hadis atau kata-kata dari saidatinaAisyah r.a yg mafhumnya..wanita yang baik adalah yang tak mengenali dan dikenali..iaitu lelaki..huhu..muhasabah diri jap-

Waallahu3alam

Secawan Teh Wangi...

Thursday, August 07, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat salam atas junjungan mulia Rasulullah SAW
keluarga serta sahabat-sahabat baginda

Teh.Agak lama saya tak minum teh.Sejak datang Jordan ni boleh dibilang berapa kali saya minum teh.Nak kata kat Jordan ni takde teh..ada je tehnya. Tapi entah ler.Mungkin teh kat sini tak kena sangat dengan selera saya.Mungkin teh kat sini aroma nya tak sebaik aroma teh kat rumah saya.

Hari ni ketika ber'skype dengan umi, dia tengah minum petang dengan menu Teh O dan goreng pisang.Huu..kecur air liur menengoknya.Melalui webcam tu dapat saya agak bau teh yang umi minum.Tentu campuran teh boh dan teh wangi.Resepi ayah saya.Rindu betul dengan aroma teh tu.Membuatkan rindu untuk balik malaysia semakin membuak-buak jugak.

Tadi umi cakap yang dia rindukan teh yang saya bancuh.Katanya teh yang saya bancuh cukup-cukup je rasanya.Tak manis sangat.Dan tak pekat sangat.Saya pun sangat ler rindu nak balik bancuh teh.Bukan rindu bancuh teh jer.tersangat lah jugak rindu nak balik masak kat dapur rumah.Bagaimanalah agaknya dapur saya sekarang yer.Dah lama saya tinggalkan.Hampir setahun.Mungkin bagi orang lain,dapur bukanlah satu benda penting.Tapi bagi saya..dapur adalah dunia saya.

Berbalik kepada kisah teh..saya teringat ketika saya belajar mengaji kat masjid masa tengah tunggu SPM dulu..memang setiap minggu hari Jumaat, saya akan ke masjid untuk betulkan balik bacaan saya dengan Mak Aji,guru Al-Quran yang umi saya khas sediakan untuk jemaah wanita kat masjid kampung saya.

Seperti biasa,adat orang kampung..mungkin adat orang melayu,seusai kelas mengaji pasti akan ada jamuan atau makan-makan sikit.Dan saya ditugaskan untuk bancuh air.Air yang popular dikalangan orang kampung adalah air teh o.Saya membancuh air seperti biasa.Dengan sukatan yang biasa.Dan ketika dihidangkan kat makcik-makcik ni..

"Kak Long..tok manih la air ni..acu ambik gulo te nak tamboh sket.Mokcik tokleh air tok manih nih."Komen sorang mak cik ni.

Saya hanya tersenyum mendengarnya sambil menghulurkan balang yang berisi gula.

"Mano gak tok manih nyo Mokcik Dah dio.Molek doh setagho nih.Mu toksoh duk caro lah ko Mokcik Dah mu ni kaklong.Bubuh 10 sudu gulo pon.tok manih lagi dio tu."Komen makcik yang sorang lagi.Muda sikit.

Saya tergelak kecil.Kadang-kadang berada dikalangan orang-orang tua membuat saya jadi sedikit terhibur dengan ragam-ragam diorang.Saya sangat suka berada dikalangan orang tua.Mendengar diorang bercerita.Bercerita hal kehidupan yang mereka lalui pada hari itu.Bercerita hal keluarga mereka.Dan kadang-kadang bergosip mengenai kejadian yang berlaku dikampung.Dan kadang-kadang juga cerita-cerita mereka membuat saya sampai tak terlayan.Tak tahan kerana saya tak sanggup nak ketawa lagi.Ahh..semuanya membuatkan saya semakin rindu.

its all about 'klasik'

Saturday, August 02, 2008

bismillahirrahmanirrahim

Dan dengan tetiba malam ni hati ni rasa sayu jer..tetiba teringat pulak kat umi ayah dan adik-adik kesayangan kat mesia nuh..walaupun memang tetiap hari ber'skype'2an..namun rasa sayu tetap ada..

Jadi sempena kesayuan ini..dengan tetiba ..teringat lagu tema sepanjang duk kat Jordan ni..senandung rindu..lagu ni bergenre klasik..dan popular pada tahun 50an dahulu..dikala saya masih tak tahu kat mana....saya pun tak pasti kenapa saya tersangat suka dengan lagu ni..bukan..saya tak pasti kenapa saya sangat suka kesemua lagu klasik..sememangnya saya seorang penggemar lagu klasik..entah kenapa saya dan klasik terasa sangat serasi..

Mungkin saya merasakan kejujuran yang ada pada lagu klasik berbanding lagu-lagu sekarang..termasuk sesetengah nasyid..lirik lagu klasik juga berlainan dengan lagu-lagu sekarang..yang hanya banyak merintih sayu..ditinggalkan kekasih..dikhianati kekasih..kecewa dengan kekasih..dan macam-macam lagi..

Saya rasa bukan lagu klasik jer yang saya suka..tapi kesemua benda yang klasik..contohnya..buku-buku cerita klasik..kawan saya pernah cakap saya gila sebab menghabiskan naskah hikayat panji semirang yang sememang bahasanya sangat lah susah untuk difahami...memang lama jugak untuk saya habiskan buku hikayat tu..sebab bahasanya yang berbelit-belit,berkias-kias..dan terdapat banyak perkataan-perkataan lama yang tak pernah saya dengar..

Selain daripada hikayat Panji Semirang,terdapat jugak buku-buku hikayat lain dan antara yang popular adalah Hikayat Malim Demang..apa yang saya suka dari buku-buku ini adalah gaya bahasanya yang sangat indah..setiap cerita yang ditampilkan pasti akan didatangkan sekali dengan gurindam yang bahasanya sangat berkias..

yang tempang datang bertongkat,
yang buta teraba-raba,
yang pekak asyik bertanya,....

dan selanjutnya..saya dah lupa..

Tapi sekarang sangat susah bagi saya untuk mencari buku- buku sebegini..dan saya jarang jumpa penulis-penulis sekarang yang menulis dengan gaya bahasa klasik..tapi baru-baru ini saya terbaca satu novel karya Faisal Tehrani iaitu 1515 yang mengisahkan seorang srikandi yang bernama Tun Nyemah Mulya yang berjuang menentang penjajah Portugis ketika kejatuhan Melaka..dalam novel tersebut dimasukkan jugak unsur-unsur gaya bahasa klasik..walaupun tidak lah keseluruhan novel itu..tapi sedikit sebanyak ada ler jugak gaya bahasa klasik tu..

Bercerita pasal klasik ni..seorang sahabat saya pernah cakap mengenai saya yang gila benda-benda klasik ni..

"husna..aku sero mu ni saloh masuk tahun ler..mu patut lahir tahun lain"

Saya ketawa besar bila dengar dia cakap camtu dan hanya menggeleng-ngelengkan kepala saya.
Takpelah..mungkin dia tak faham jiwa saya ni..

Hmm..kenapa dengan tetiba jauh pulak saya melalut ni..




Jika senja dah menghilang
alam pun kelam terkenang olehku
ayah ibu kampung dan halaman
masa aku sedang dalam timangan

Jika sudah larut malam
hati tak tenteram gelisah merindu
ayah ibu kampung dan halaman
masa lalu ku teringat selalu

ingin terbang sayapku tak ada
semakin dikenang menyesakkan dada
tanjung katung airnyalah biru
semakin ku renung semakin terharu

Jika aku rasa rindu
risau hatiku kurenung selalu
langit biru disana bertemu
ayah ibu kampung dan halamanku

ingin terbang sayapku tak ada
semakin dikenang menyesakkan dada
tanjung katung airnya biru
semakin ku renung semakin terharu

-senandung rindu-
-nona asiah-
-klasik melayu-

tenteramkan hati ini..

Saturday, August 02, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan Salam atas junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabat-sahabatnya..

Setelah agak lama blog ni tersadai..entah kenapa tetiba jer malam ni tangan ni gatal pulak nak menaip..mungkin juga sebab perasaan resah yang saya alami sekarang..saya cuba mencari dimana punca keresahan hati ni..tapi still tak jumpa..dan akhirnya saya terjumpa sesuatu..nak kata hadis rasanya bukan..nak kata cerita pun rasanya bukan..tapi kita still boleh ambil manfaat nya sama-sama..

"Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat, Abdullah bin Mas'ud r.a dan berkata: wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku.Buat masa ini jiwaku tidak tenteram,fikiranku kusut musut,tidurku tidak nyenyak dan selera ku tiada" abdullah bin Mas'ud menjawab "Bawalah hatimu ketiga tempat.pertam ke tempat orang yang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau sekadar mendengar pembacaan orang lain.Kedua kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga kamu mencari suatu waktu sunyi,contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadanya gar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.Jika selapas melakukan semua ini,jiwa mu masih juga tidak tenteram,mintalah dengan Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu"

Wallahu3alam