Secawan Teh Wangi...

Thursday, August 07, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat salam atas junjungan mulia Rasulullah SAW
keluarga serta sahabat-sahabat baginda

Teh.Agak lama saya tak minum teh.Sejak datang Jordan ni boleh dibilang berapa kali saya minum teh.Nak kata kat Jordan ni takde teh..ada je tehnya. Tapi entah ler.Mungkin teh kat sini tak kena sangat dengan selera saya.Mungkin teh kat sini aroma nya tak sebaik aroma teh kat rumah saya.

Hari ni ketika ber'skype dengan umi, dia tengah minum petang dengan menu Teh O dan goreng pisang.Huu..kecur air liur menengoknya.Melalui webcam tu dapat saya agak bau teh yang umi minum.Tentu campuran teh boh dan teh wangi.Resepi ayah saya.Rindu betul dengan aroma teh tu.Membuatkan rindu untuk balik malaysia semakin membuak-buak jugak.

Tadi umi cakap yang dia rindukan teh yang saya bancuh.Katanya teh yang saya bancuh cukup-cukup je rasanya.Tak manis sangat.Dan tak pekat sangat.Saya pun sangat ler rindu nak balik bancuh teh.Bukan rindu bancuh teh jer.tersangat lah jugak rindu nak balik masak kat dapur rumah.Bagaimanalah agaknya dapur saya sekarang yer.Dah lama saya tinggalkan.Hampir setahun.Mungkin bagi orang lain,dapur bukanlah satu benda penting.Tapi bagi saya..dapur adalah dunia saya.

Berbalik kepada kisah teh..saya teringat ketika saya belajar mengaji kat masjid masa tengah tunggu SPM dulu..memang setiap minggu hari Jumaat, saya akan ke masjid untuk betulkan balik bacaan saya dengan Mak Aji,guru Al-Quran yang umi saya khas sediakan untuk jemaah wanita kat masjid kampung saya.

Seperti biasa,adat orang kampung..mungkin adat orang melayu,seusai kelas mengaji pasti akan ada jamuan atau makan-makan sikit.Dan saya ditugaskan untuk bancuh air.Air yang popular dikalangan orang kampung adalah air teh o.Saya membancuh air seperti biasa.Dengan sukatan yang biasa.Dan ketika dihidangkan kat makcik-makcik ni..

"Kak Long..tok manih la air ni..acu ambik gulo te nak tamboh sket.Mokcik tokleh air tok manih nih."Komen sorang mak cik ni.

Saya hanya tersenyum mendengarnya sambil menghulurkan balang yang berisi gula.

"Mano gak tok manih nyo Mokcik Dah dio.Molek doh setagho nih.Mu toksoh duk caro lah ko Mokcik Dah mu ni kaklong.Bubuh 10 sudu gulo pon.tok manih lagi dio tu."Komen makcik yang sorang lagi.Muda sikit.

Saya tergelak kecil.Kadang-kadang berada dikalangan orang-orang tua membuat saya jadi sedikit terhibur dengan ragam-ragam diorang.Saya sangat suka berada dikalangan orang tua.Mendengar diorang bercerita.Bercerita hal kehidupan yang mereka lalui pada hari itu.Bercerita hal keluarga mereka.Dan kadang-kadang bergosip mengenai kejadian yang berlaku dikampung.Dan kadang-kadang juga cerita-cerita mereka membuat saya sampai tak terlayan.Tak tahan kerana saya tak sanggup nak ketawa lagi.Ahh..semuanya membuatkan saya semakin rindu.

0 rasa terhikayat: