tenteramkan hati ini..

Saturday, August 02, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan Salam atas junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabat-sahabatnya..

Setelah agak lama blog ni tersadai..entah kenapa tetiba jer malam ni tangan ni gatal pulak nak menaip..mungkin juga sebab perasaan resah yang saya alami sekarang..saya cuba mencari dimana punca keresahan hati ni..tapi still tak jumpa..dan akhirnya saya terjumpa sesuatu..nak kata hadis rasanya bukan..nak kata cerita pun rasanya bukan..tapi kita still boleh ambil manfaat nya sama-sama..

"Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat, Abdullah bin Mas'ud r.a dan berkata: wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku.Buat masa ini jiwaku tidak tenteram,fikiranku kusut musut,tidurku tidak nyenyak dan selera ku tiada" abdullah bin Mas'ud menjawab "Bawalah hatimu ketiga tempat.pertam ke tempat orang yang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau sekadar mendengar pembacaan orang lain.Kedua kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga kamu mencari suatu waktu sunyi,contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadanya gar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.Jika selapas melakukan semua ini,jiwa mu masih juga tidak tenteram,mintalah dengan Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu"

Wallahu3alam

3 rasa terhikayat:

  1. assalamu3alaykum wbt.

    salam ziarah buat kak husna.

    kak husna, nurul letak link blog kak husna kat my blog, harap2nya tak mengapa ya? (:

    dan, berharap juga kunjungan ini diterima dengan tangan yang terbuka hendaknya.. *hugs*

    ___


    Jika selapas melakukan semua ini,jiwa mu masih juga tidak tenteram,mintalah dengan Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu



    kak husna, apa yang dimaksudkan dengan "hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu" ?

    sungguh saya tak tahu, tapi ayat ini membuat saya terfikir panjang... hu hu. *muhasabah diri semula*

  2. to nurul

    hmm..akak pun tak pndai jgk nak tafsir2 mksd tu..mungkin yg digmbrkn adalah perasaan kot..sbb ht berkait rapat dgn perasaan..mgkin mksdnya..perasaan yg kita alami ms tu..bkn dr perasaan kita yg sbnr..mgkin syaitn dah tmbh2 dah perasaan kita tu..

    waallahu3lam

    mgkin bleh rujuk orang yg lbih ahli lg..

    jgn pgg sgt kt2 akak ni..hehe

  3. salam. sy pun bru nk tny soalan yg sama. *senyum*

    perasaan yg bkn perasaan sebenar.

    mungkin juga.

    terima kasih.