Saudagar Tin Kosong
Thursday, April 15, 2010
Saudagar Tin KosongThursday, April 15, 2010 Kau bukan akuTuesday, January 26, 2010 ![]() Kau kata langit putih, tapi aku nampak langit biru. Kau kata hitam terbaik, tapi aku rasa pink lagi cantik. Kau kata bunga merah, tapi aku lihat kuning. Kau kata laut luas, tapi aku fikir laut itu dalam. Kau kata gunung banyak batu, tapi aku rasa mungkin banyak hantu. Kau tanya kenapa kita tak sama? Aku jawab kerna kita berbeza. p/s-tajuk macam tak masuk je dgn sajak ni..nntlah pk balik..buat ms ni..guna yg tu dulu..huhu Menanti PastiSunday, December 20, 2009
Untuk beberapa ketika ini,berita mengenai kematian bagaikan bersahut-sahutan.Sejak dari awal tahun ini hinggalah sekarang,ia bagaikan tidak pernah lekang dari telinga.Tahun ini saja sudah beberapa orang saudara mara saya meninggal.Bila menerima berita kematian yang melibatkan orang sekeliling,terasa mati itu sangatlah dekat dengan kita.
Saya masih ingat ketika kecil-kecil dulu saya seorang yang sangat suka berfikir yang bukan-bukan bila saya keseorangan.Saya berfikir mengenai umur saya pada masa itu baru 10tahun, selepas itu 20tahun,selepas itu 40tahun dan alih-alih dah pun sampai 6otahun.Selepas itu mati.Bila fikirkan mengenai mati,saya terus gelisah sampai kadang-kadang saya sesak nafas.Padahal masa itu saya masih belum faham dengan sepenuhnya pada hakikat kematian.Memang manusia bila sebut saja pasal mati semuanya akan gelisah. Tapi kita selalu mendengar dari dialog-dialog drama swasta di kaca tv yang diucapkan oleh watak yang kononnya jahat memperlekehkan mengenai kematian "Kau tak payahlah jaga tepi kain aku.Kubur kita masing-masing" Itulah manusia.Angkuh dengan dosa.Kalaulah dialog tu diucapkan pada saya ingin saja saya balas. "Sebab kubur masing-masinglah aku nak tolong sekarang.Kalau kubur sama-sama tu boleh lah jugak sama-sama tolong masa tu." Tapi ada senior saya cakap yang dia akan balas macam ni. "Yelah aku bimbang ler dibuatnya kubur kau sebelah aku,tak pasal-pasal aku yang kena dengar semua jeritan-jeritan kau." Hehe. Ada satu lagi kata-kata dari senior saya yang sampai hari ini membuat saya sangat insaf bila memikirkannya. "Pernah tak kadang-kadang kita terfikir..masa kita tengah tampar nyamuk ke,picit semut ke tetiba tangan kita berselisih dengan malaikat maut yang nak cabut nyawa nyamuk ngan semut tu?..tau tak betapa dekatnya malaikat maut tu dengan kita?.." Saya pernah terbaca yang dalam satu hari,malaikat maut akan datang menjenguk kita sebanyak 7 kali.Waallahuallam sama ada betul ataupun tidak.Tapi kalaulah betul,entah apalah yang kita tengah lakukan masa dia datang menjenguk itu? -cukuplah mati sebagai peringatan untuk kita- p/s-kadang2 rasa nak tersenyum jgk bila ingatkan orang akan marah pada saya bila saya menggunakan 'mati' dlm perckpn sy bukan meninggal dunia.cthnya 'bila dia mati?'.katanya nmpk tak sopan..tapi maaflah yer kwn..kalau kat kelate memg mcm tu kita org guna..tak guna meninggal dunia ni.. Secubit GaramWednesday, December 16, 2009
Hari ini terasa nak berkata-kata.Entah apa yang merasuk fikiran,hingga tangan ini mampu pula menekan-nekan keyboard ni.Mungkin rindu itu yang merasuk.
Untuk beberapa ketika ini,kadang-kadang masakan yang di masak terasa tawarnya.Walaupun telah dirasa beberapa kali ketika ia masih di atas api,namun bila tiba masanya untuk dihidang dan dimakan,pasti ada juga benda yang tidak kena.Kurang garam. ![]() Garam adalah satu aspek yang penting dalam penyediaan makanan.Sehebat mana pun tukang masak yang menyediakan dan sesedap mana pun resepi masakan itu,kalau dah namanya kurang garam, ia takkan dikatakan masakan yang sedap. Bercerita mengenai garam,tetiba fikiran saya terlayar pada suatu kisah yang pernah saya baca dulu dalam satu majalah kanak-kanak.Saya lupa sama ada majalah itu adalah majalah Tatih ataupun majalah OK!.Kedua majalah ini konsepnya lebih kurang sama dengan majalah Asuh sekarang.Tapi bagi saya dari pengisiannya saya lebih sukakan Tatih dan OK!.NAmun majalah ini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada masa itu yang saya sendiri tidak pasti apa sebabnya. Berbalik pada kisah tadi.Kisah ini menceritakan seorang saudagar yang kaya raya yang bertanya kepada ketiga-tiga anak perempuannya mengenai lambang kasih sayang mereka terhadap dirinya. Suatu hari,si ayah berasa ragu-ragu dan tertanya-tanya akan kasih sayang ketiga-tiga anak perempuan terhadap dirinya,Maka dipanggil ketiga-tiga anak perempuanya itu dan seraya ia bertanya. "wahai puteri-puteri ku.Hati ayah mu ini Berasa gundah gulana memikirkan bagaimanakah sayangnya kamu terhadap diriku ini." Maka jawab lah puteri yang sulung. "Sayangku terhadap ayah bagaikan sayangnya aku pada emas dan permata." Maka banggalah si ayah mendengar jawapan puterinya yang sulung itu.Dan selepas itu yang tengah juga menjawab. "Sayangku terhadap ayah pula bagaikan sayangnya aku pada gudang-gudang kita ayah." Bertambah-tambah banggalah si ayah bila mendengar jawapan puteri tengahnya.Dan selepas itu ditanya pula pada puterinya yang bongsu. "Bagaimana pula dengan kamu wahai puteriku yang bongsu?" "Wahai ayahku yang aku sayangi.Aku menyayangimu bagaikan aku memerlukan garam." Si ayah terkejut dan berasa amat marah dengan jawapan yang diberikan puteri bongsunya.Manakan mungkin puteri bongsunya itu menyamakan dirinya dengan garam yang baginya tidak berharga langsung.Akibat terlalu marah,maka diperintahkan orang-orang suruhannya mengurung puteri bongsu dalam sebuah bilik. Dan terkurunglah puterinya yang bongsu dalam bilik itu seorang diri dan meratap kesedihan kerana diperlakukan sebegitu oleh ayahnya sendiri.Hingga beberapa ketika datang seorang orang suruhan perempuan untuk menghantar makanan untuk dirinya.Maka timbullah akal di fikirannya untuk menyedarkan ayahnya akan niatnya yang sebenar.Disuruhnya orang suruhan perempuan itu untuk memasakkan makanan untuk ayahnya tanpa dimasukkan walaupun secubit garam. Maka tibalah waktu dan ketika untuk si ayah menjamu makanan.Di rasa kesemuanya makanan yang terhidang namun kesemuanya tidak memuaskan hatinya.Semuanya terasa tawar. Dan bertanyalah si ayah kepada orang suruhannya kenapa semua makanan hari ini tidak bergaram.Adakah sudah habis semua garam di negeri kita ini? Maka jawablah orang suruhan itu bahawa ini adalah permintaan dari puteri bongsunya supaya semua masakan hari ini tidak bergaram Berfikirlah si ayah tadi akan maksud puteri bongsunya.Dan barulah ia sedar akan niat sebenar puterinya itu bahawa betapa perlunya dia terhadap garam dalam makanannya,begitulah juga kasih dan perlunya puteri bongsunya terhadap dirinya. Dan begitu jugalah sayang saya terhadap umi dan ayah saya.Walaupun secubit cuma kasih mereka, ia tetap memberi makna dan rasa terhadap kehidupan saya.Biarlah diganti dengan seribu kasih sayang yang saya terima dari kawan, takkan mungkin sama dengan secubit kasih umi dan ayah. Aku rindu kitaWednesday, May 20, 2009
Aku rindu wayang dulu
ada cerita kita Aku rindu irama dulu bernada lagu kita Aku rindu pelangi dulu berwarna tawa kita Aku rindu hujan dulu merintik tangis kita Aku rindu kita Sajak yang dicipta dikala otak agak tepu dengan RS.Idea timbul dikala ramai pula geng-geng sweetsc106 muncul di blog ku ini.Sesungguhnya daku juga merindui kalian. Buat sesiapa yang rasa ingin buat reunion tu,sangat-sangat lah dialukan.Tambah-tambah yang memang duk mesia tu.Jangan pula mengharapkan bekas raidah dengan bekas naibah(nasuha) mu yang jauh ni balik buat.Sesungguhnya cuti kami amatlah pendek.So..kitaorg tunggu berita dari korang aje lah yer.hehe (tetiba teringat masa berjalan-jalan di blok B dari hujung bangunan yang bermula dengan kelas 5sc6 sampailah ke hujung bangunan yang satu lagi yang mana diakhiri dengan kelas 5sc1.Dan sesungguhnya antara semua kelas disitu,kelas 5sc1 adalah paling bising sekali.terima kasih) Teringat fatimah yang sentiasa dengan buku teringat munirah yang sentiasa berseorangan teringat geng2 k'jah yang bising kat belakang(bising lah sangat) teringat mardhati yang tidur dalam kelas(sorry mar..gurau2) teringat nasuha yang sentiasa takde dalam kelas teringat kelas yang sentiasa kosong time sume bz mesyuarat teringat sena,ime,pana yang bergosip panjang dan macam2 aksi lagi.. boleh tambah sendiri kalau nak.. (doakan exam final kawan korang ni k?) WarnaSaturday, March 28, 2009
Agak lama saya tidak menjenguk blog ni.Kalau rumah,mungkin dah penuh dengan sawang agaknya.Sibuk ke?Entahlah.Kalau awal-awal dulu mungkin sibuk dengan final.Selepas itu balik ke Malaysia.Sampai ler sekarang baru saya menjengah juga muka saya ke blog ini.
![]() Kadang-kadang saya masih keliru dengan warna blog saya.Apakah warna dan corak sebenar yang saya ingin lakarkan pada blog saya ini.Maksud saya bukan warna template.saya ni takdelah ada penyakit buta warna hingga warna hijau yang sangat jelas ini pun saya tak boleh bezakan.hehe.Apa yang saya maksudkan disini adalah tentang corak dan warna penulisan saya. Pada awal kemunculan blog ini,saya langsung tidak berniat untuk menjadikan blog ini bagaikan diari saya walaupun saya ni penulis diari yang tegar.Apa yang patut saya tulis dalam diari,saya akan tulis dalam diari.Untuk mencorak warna penulisan saya di blog ini,tidak semestinya saya harus juga menunjukkan warna sebenar diri saya.Tapi terkadang mungkin juga sedikit sebanyak saya tertulis juga corak warna diri saya,hingga orang mampu menilai saya melalui tulisan saya. Saya amat menggemari ke blog Ainul.Blognya tersangat ler berwarna warni.Berwarna-warni dengan kehidupan ainul yang terkadang merah,hijau dan sebagainya(sebenarnya blog ainul memang berwarna warni.hehe..sorry ye dik..gurau2). Bercerita mengenai warna,sekarang saya telah melakarkan kehidupan saya dengan warna merah dan putih.Merah putih melambangkan ambulans,baju doktor,darah dan semua yang berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang doktor.Ia juga melambangkan warna bendera Jepun(takde kaitan). Pada mulanya,cita-cita saya bukanlah ingin menjadi seorang doktor.Lepas habis PMR saya dah target bahawa nanti saya akan menjadi seorang Bussinesswoman yang berjaya. Hingga saya sanggup tambah subjek perdagangan dalam subjek wajib saya untuk SPM kerana pada masa itu saya berada di kelas sains tulen.Saya dah siap bajet yang saya akan membuka sebuah syarikat perhotelan dengan kerjasama adik-adik saya kerana saya begitu berminat dengan bidang perhotelan.(Sebenarnya ni pengaruh cerita cina yang pernah main kat tv sebenarnya). Namun,cinta saya dihalang.Sebab kata umi,bidang bussiness tak menjamin masa depan.Dan sudah banyak graduan-graduan yang berkelulusan perniagaan mengganggur.Tapi tidak semestinya cinta itu saya kuburkan terus.Bagi saya,tak semua ahli perniagaan yang berjaya lahir dari yang berkelulusan perniagaan.Semua bergantung kepada usaha,strategi dan rezeki.InsyaAllah,akan saya terus mewarnai cita-cita saya itu.Tapi buat masa ini saya harus fokus kepada warna merah dan putih dulu.Kerna ini adalah amanah buat saya. Teruslah warnai hari mu dengan cahaya hidayahNya dan jangan kaburkannya dengan dosa dan noda.Jauhi dan jangan dekati Zina. Kasih UmiTuesday, December 23, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya tak lupa.Saya ingat.Tapi cuma mungkin keadaan yang membuatkan saya lambat mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.Dah seminggu saya ingat.Tapi bila tiba harinya saya terlupa.Ya.Hari ini adalah ulang tahun kelahiran umi saya yang ke 45.45 tahun?Wah..umi saya semakin tua.Saya rasa tak sangka.Begitu sekejapnya masa berlalu. Kalau nak dikira,dah hampir 20 tahun saya dilahirkan,terlalu banyak yang umi lakukan untuk saya.Walaupun mungkin kalau dulu umi selalu marah dan membebel kat saya tetapi kalau difikirkan balik,kalau bukan itu yang umi lakukan.Tentulah saya bukanlah saya yang sekarang.Yelah.Tambah-tambah dapat anak-anak yang nakal dan tak betul@gila-gila macam kitaorang ni. umi dan ayahBagi kami adik beradik,umi kitaorg bukanlah macam ibu-ibu orang lain(of coz ler tak sama.hehe).Bak kata ayah saya,cara umi mendidik anak-anaknya,malah ayah saya sendiri adalah dengan memberi 'motivasi terbalik'.Macam mana yang dikatakan motivasi terbalik tu..?Saya pun tak pandai nak terangkan.Hanya ayah dan kami adik beradik yang memahaminya. Kehidupan dan cara saya berfikir banyak dipengaruhi oleh umi.Cara umi saya berfikir saya dan adik2 namakan ia 'fikir lebih'.ini kerana dalam semua hal umi saya akan fikir sedalam-dalamnya.Sebab itulah,dalam kehidupan kami adik beradik tak semuanya yang kami minta akan dapat.Contohnya saya masih ingat ketika saya berada di tahun 6 di sekolah rendah.Pada masa itu sekolah saya menganjurkan satu perkhemahan yang melibatkan pelajar tahun 4 hingga tahun 6.Saya seperti kawan-kawan yang lain pastilah teruja hendak menyertai perkhemahan tersebut.Namun umi saya tidak membenarkan saya menyertainya.Entahlah.Saya pun tak pasti kenapa umi tidak benarkan.Mungkin umi tidak percayakan suasana dan orang dalam perkhemahan tersebut.Mungkin sebab saya perempuan.Dan banyak mungkin2 lagi.Betapa kecewanya saya hari itu.Sebabsaya seorang saja yang tak dapat pergi.Tapi bila difikirkan balik,apa yang umi buat itulah yang terbaik untuk saya. Dan yang paling utama dan besarnya pengaruh umi dalam diri saya adalah masak.Umi saya memang suka dan pandai masak.Sampai sekarang buku resepi umi zaman muda2 dulu masih ada lagi dan telah pun diperturunkan kepada kami adik beradik.Kalau dulu saya dan adik beradik selalu memberontak tak nak ke dapur bila umi panggil untuk memasak,tapi sekarang saya sangat bersyukur kerana kalau bukan sebab itulah takdelah saya dan adik-adik yang lain boleh masak.Semalam bila saya telefon umi tentang hal apa yang berlaku semalam,saya tahu disebalik nada umi itu,umi bangga dengan saya.Saya anggap itulah hadiah hari jadi untuk umi. Selamat Hari Jadi Umi,semoga rahmat Allah sentiasa bersama umi. daripada, kaklong,irsyad,nasuha,zakirah,muzaffar,mustaqim. Tag - Buat arina tersayangSaturday, December 20, 2008
Bismillahirrahmanirrahim...
My top 10 most favourite foods 1-Mee Kari yang buat kat umah malaysia..sebab mmg meriah dgn fishball,fishcake,udang,tauhu..etc..(nak suh umi sambut dgn Mee kari blik nanti..huhu) 2-Laksa penang+keropok keping goreng+fishball.. 3-Nasi Kerabu..(yg ni sepatutnya letak no1) 4-Tomyam yang masam dan pedas kaw2 punya 5-CPT(cendol pulut tapai) yang makcik tepi Pantai Timur jual..(kirah..klong blik nanti tolong bli k?) 6-Kerabu Perut 7-Pisang salai@pisang ripi yang mok buat 8-Kerepek bawang(tgh mengidam gila ni..) 9-Rendang resepi dari Mai..kredit utk Mai.. 10-Maggi Kari+keropok keping+telur..(isk..isk..dukturah) 10+1-Air soya+yong tau fu yang pakcik jual depan Maahad.. (sori terlebih plak bg) top 10 things i love doing 1- masak 2- memenuhkan diari dengan cerita2 yg berlaku hari tu..takleh miss 3- duk tepi tingkap dalam bas sambil tengok pemandangan+orang 4- berskypean dgn umi ayah 4- tgk,dgr bunyi hujan 5- baca buku.. 6- baca blog 7- duduk dalam bilik..(bak kata asma duk dalam gua) 8- merayau-rayau kat internet cari resepi baru 9- guna bahasa2 klasik 10- dengar citer adik2ku 5 things i love doing when i'm emo 1- diamkan diri 2- mandi..kasi sejuk sket 3- tulis diari panjang2 4- tepon umi,ckp kat irsyad 5- nangis je lah top 5 types of guys i adore..(erk..kna jawab jgk ke soklan ni?) 1- yang Allah suka 2- yang umi ayah suka 3- yang adik beradik suka 4- - 5- - 5 things i love doing when i'm happy 1- senyum,gelak2 2- tepon umi ayah 3- masak 4- makan 5- ingat Allah..syukur dgn nikmat yg diberikan.. things i wish to happen 1- saya duk kat mesia skang ni..huhu..nak blik!! 2- insyallah kalau ade rezeki..wat umrah atau haji dgn keluarga 3- saya fikir arina betul..cepat ler habis belaja medik ni.. my top 10 most addicted songs 1- Senandung rindu by asiah 2- Nasib Malang by R.ismail 3- Senandung Malam (wah...kenapa lagu klasik jiwang sume nih) 4- insaf by rabbani 5- akhirnya by Gigi 6- Allah Knows 7- - 8- - 9- - 10- - (sorilah..malas nak pk..sume best je rs..) People i wish to tag -the one and only..saufi.. (klu bz..abaikan jelah ok?) Yang memandangSaturday, December 13, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..selesai sudah majlis Jom Korban.Satu helaan nafas yang panjang saya luahkan.Mungkin pengarah dan timbalannya lebih-lebih lagi leganya.Sejuta kemaafan saya pohon atas segala kekurangan terutama dalam bahagian pengurusan makanan majlis tersebut.Kami cuba merancang yang sebaiknya.Tapi jika ada cacat celanya,harap dapat dimaafkan.InsyaAllah segala kekurangan itu akan kami baiki. Sebenarnya saya agak kecewa sebab saya tidak sempat habis menonton teater ADHA pada malam itu yang mana rata-rata sahabat saya mengatakan teater itu amat cemerlang persembahannya.Jadi harapnya selepas ni,kalau ada AJK pelaksana yang merakam teater tersebut,bolehlah di uploadkan supaya orang yang ketinggalan menonton teater tersebut contohnya seperti saya ini boleh juga mengambil manfaatnya. Bercerita mengenai majlis tersebut,tetiba saya teringat satu kejadian.Dalam saya tengah sibuk menguruskan makanan,tetiba seorang sahabat saya menegur saya. 'Kak husna..nampak tak?' Saya berpaling kearah benda yang ingin ditunjuk sahabat saya itu.Ye saya nampak.Saya lihat.Tapi saya hanya tersenyum.Hanya hati saya yang berbicara.Tangan saya terus tekun melakukan kerja.Seperti biasa,dan selalunya,saya hanya memandang.Tanpa apa-apa tindakan. Bila pulang ke rumah,sahabat arab saya asyik bercerita betapa gembiranya dia hari ni sebab dapat hadir ke majlis tersebut.Dia bercerita yang dia sempat berbual dengan Ustaz Sulaiman,Ustaz Mujahid dan ayah k'zai sendiri.Saya tahu sahabat saya yang seorang ni peramah orangnya.Kalau tidak,masakan dia mempunyai ramai kawan dalam kalangan pelajar Malaysia sama ada dalam kalangan akhwat mahupun syabab terutama dalam batch saya. Kadang-kadang saya menegur juga tentang sifat ramah-tamahnya itu yang terkadang bagi saya akan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.Saya sayangkan dia dan saya tidak mahu orang memandang serong kepadanya.Saya tahu niat sahabat saya yang sebenarnya.Dia hanya cuba berbaik-baik dengan semua orang Malaysia bukan saja dengan akhawat bahkan dengan syabab juga.Tapi tak semua orang akan memandang dengan pandagan yang sama.Kerana mata manusia mempunyai seribu satu cara memandang. Saya tak salahkan orang yang memandang dan tak salahkan juga ramah sahabat saya. Wallahu3alam. Hikayat Sri PermaiFriday, December 05, 2008 Bismillahirrahmanirrahim..
Adapun bagaikan seluruh buana telah heboh akan khabaran majelis keramaian yang akan kita adakan di negara SRI PERMAI ini dari si tukang palu dan si tukang gendang,maka izinkan hamba juga untuk berkata-kata mengenai majelis yang demikian.
Telah dikurniakan oleh Allah Taala akan hamba-hambanya 2 hari kebesaran yakni EidulFitri dan Eiduladha.Maka wajiblah kita hamba-hambanya yang taat dan patuh akan segala suruhannya membesarkan kedua hari ini.Sejurus itu,telah timbul di batu jemala memanda menteri untuk diadakan majelis korban bagi sekelian hamba rakyat. Hampir sepurnama lagaknya berkerah tenaga dan akal sekalian hamba rakyat dan menteri-menterinya memikirkan akan majelis ini hingga tidak cendera lenanya,maka dengan kuasa Allah Taala Tuhan Sekelian Alam,adalah majelis itu telah pun ditetapkan harinya.
Arakian adapun sejuk syita' ini telah pun menjadi panas dengan satu lagi khabar yang tak disangka-sangka akan ketibaan jodoh kedua kekanda kita ini iaitu kekanda Noor Zayyani dengan suaminya Amir Razak.Seperti yang diperkatakan tentang mempelai ini yang bagaikan dua sejodoh. Keduanya sama cantik, Rupa sama cantik, Badan sama sihat, Hati sama suka; Bintang sama naik, Peroman sama baik. Dibujur sama panjang, Dibidang sama lebar, Ditimbang sama berat, Disukat sama penuh, Dua setumbuk bagai gelang, Dua sepasang bagai subang, Bagai pinang dibelah dua. Gelugur di tebing tinggi, Bulang-baling dalam belukar; Diukur sama tinggi, Dibanding tidak bertukar. Bagai susu denga sakar, Bagai cincin dengan permata, Bagai cembul dengan tutupnya, Sirih pulang ke gagangnya, Bunga pulang ke tangkainya, Buah pulang ke tampuknya, Kuah tumpah ke nasinya, Harta pulang ke yang empunya Sesungguhnya telah timbul juga di batu jemala menteri untuk mengisi rohani hamba rakyatnya sambil menghiburkan hati-hati hamba rakyat yang lara selepas ujian dan dugaan yang dilalui dalam menuntut ilmu kedukunan dan ugama,maka lahirlah suatu pementasan untuk tontonan hamba rakyat kesemuanya. Dengan itu, maka mengelu keseluruh hamba rakyat penduduk negeri Sri PERMAI untuk sama-sama memeriahkan majelis ini.Biarlah seperti ini lagaknya. Yang capik datang bertongkat Yang buta datang berpimpin Yang pekak leka bertanya Yang kecil terambin lintang Yang jarak tolak-tolakan Yang pendek tinjau-meninjau Yang kurap mengekor angin
Adapun jika beramai-ramai kalian datang, maka mekarlah kuntuman bunga-bunga riang di hati menteri-menteri sekelian akan kesudian hamba rakyatnya hadir ke majelis ini.Arakian segala baik budi hamba rakyatnya akan terpahat di batu jemala menteri-menteri.Moga-moga dengan majelis ini, maka makin dekatlah hati kita dengan Pencipta kita, Allah Taala yang maha Kuasa.
Wassalam.
Untuk DiaThursday, December 04, 2008 Bismillahirrahmanirrahim..
Saya tujukan lirik ni untuk seorang sahabat saya.Semoga dia tahu bahawa Allah tahu. When you feel all alone in this world And there’s nobody to count your tears Just remember, no matter where you are Allah knows Allah knows When you carrying a monster load And you wonder how far you can go With every step on that road that you take Allah knows Allah knows No matter what, inside or out There’s one thing of which there’s no doubt Allah knows Allah knows And whatever lies in the heavens and the earth Every star in this whole universe Allah knows Allah knows When you find that special someone Feel your whole life has barely begun You can walk on the moon, shout it to everyone Allah knows Allah knows When you gaze with love in your eyes Catch a glimpse of paradise And you see your child take the first breath of life Allah knows Allah knows When you lose someone close to your heart See your whole world fall apart And you try to go on but it seems so hard Allah knows Allah knows You see we all have a path to choose Through the valleys and hills we go With the ups and the downs, never fret never frown Allah knows Allah knows Every grain of sand, In every desert land, He knows. Every shade of palm, Every closed hand, He knows. Every sparkling tear, On every eyelash, He knows. Every thought I have, And every word I share, He knows. Allah knows TaggedWednesday, December 03, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya telah di'tag'.Ini adalah kali pertama saya menerima benda seperti ini.Dan orang yang meng'tag' saya adalah adik kesayangan saya..Qisti..huhu..saya takdelah pandai mana main benda2 alah ni.Tapi satu ayat Qisti yang takleh blah yang saya nak quotekan kat sini.. 9.Number three is have a relationship with? Hoh.Mane la saye tau.Umur dah oke tu Kak Husna.Mau nasik minyak. Pandai yer qisti skang. 1.Do you think you are hot?l Saya hot bila hari hot,minum hot chocolate..mungkin bila dengar hotfm.. 2.Upload favourite picture of you ![]() 3.Why do you like that picture? tak tahu nape suka sangat gambar ni..mgkin ia melambangkan saya.. 4.When was the last time you ate pizza? hari ahad lepas..lepas habis exam genetics..hari tu mmg kemaruk tak nak makan nasi walaupun saya yang masak..lepas je masak buat tindakan nekad sket gi zamzam..bli pizza frozen jer pun..balik panaskan guna oven..huhu.. 5.The last song you listen to? Allah knows by Zain Bikha..layan perasaan sket.. 6.what are you doing rite now besides this? Tengah dengar Asma duk terangkan psl perkahwinan k'zay kat kawan arab saya,Nusaybah.Kecoh betul.. 7.What name would you prefer besides yours? Takde kot..saya suka nama saya..cahaya yang lawa..hmm..(lawa ke?@_@)...umi saya cakap dia fikir nama saya sebelum dia kahwin lagi..heee..advance2...tapi nama rumah dengan nama luar lain lah plak..rumah umi ayah pnggil nurul.. people to tag: takpelah..taknak tag saper2.. semoga berpuas hati yer qisti.. Cerita dari rumahSunday, November 30, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam sedang saya asyik melakukan kerja conteng menyonteng di lecture note Dr.Zeyad,tetiba adik saya Zakirah menegur saya melalui ym.Katanya ada cerita yang nak disampaikan.Saya yang malas nak menaip,menyuruhnya online melalui skype.Senang sikit yang mana saya hanya perlu mendengar dan bercakap.Tambahan pula, kalau Zakirah yang bercerita, lebih baik dengar.Sebab dapat rasa mood cerita tu sekali. Rupa-rupanya kelmarin rumah saya hampir dimasuki pencuri.Saya agak terkejut bila mendengarnya.Yelah..tambah-tambah pencuri tu masuk ketika adik-adik saya belum lagi tidur.Bimbang juga kalau apa-apa yang terjadi.Tapi alhamdulillah ketika pencuri tu cuba memasuki rumah, adik saya menyedarinya. ![]() Melalui cerita Zakirah,ketika itu dia sedang menemani Nasuha,adik saya yang berada di tingkatan 5 menelaah.Dengan tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dari arah bilik bacaan.Pada mulanya dia ingat ia hanya bunyi yang memang selalu kitaorang dengar.Jadi dia keluar dan hanya mengunci pintu bilik bacaan itu dari luar.Selepas beberapa ketika,adik saya yang seorang lagi, Mustaqim tersedar.Merengek-rengek nak keluar dari bilik.Kerana bosan dengan rengekannya, Zakirah dan Nasuha pun mengejutkan adik saya yang seorang lagi,Muzaffar untuk temankan ke bawah. Bila turun ke bawah, ketika Muzaffar keluar dari bilik air,dia ternampak yang tingkap di dalam bilik menjahit terbuka.Padahal pada pukul 2 sebelum itu umi dan ayah saya pernah masuk bilik tu dan memang pasti yang tingkap itu tertutup.Muzaffar mula terfikir sesuatu dan dengan segera memanggil Nasuha dan Zakirah.Bila mereka ke dapur, Zakirah kata dia terpandang ke arah pokok rambutan dibelakang rumah.Seakan bergoyang-goyang.Dan goyangannya bukan seperti ditiup angin tapi seperti menanggung beban diatasnya. Kerana takut apa-apa yang akan pelik berlaku,mereka mengejutkan umi dan ayah.Dan ayah saya dengan segera menelefon balai polis berdekatan.Tapi yang mengecewakan,hanya jawapan yang bodoh dari polis itu yang ayah saya dengar.Katanya dia tak nak datang ke rumah dan menyuruh ayah saya mengecam muka pencuri tersebut.Hmm..ayah saya yang memang lancang mulutnya membalas balik kata polis itu dan membuatkan polis itu terdiam. Selepas itu,umi saya menelefon abang sir,sepupu saya supaya datang ke rumah untuk meninjau apa yang telah berlaku.Bimbang juga kalau-kalau ayah saya seorang saja ke luar rumah untuk meninjau kerana takut pencuri itu bukanya seorang.Beberapa ketika abang Sir datang bersama-sama kawannya yang kebetulan tidur di rumahnya.Bila ayah dan abang sir pergi ke belakang rumah,pencuri itu sudahpun tiada.Dari tinjauan mereka memang terdapat kesan-kesan laluan orang pada rumput.Bila ditengok-tengok kembali,penyelak pintu utama rumah saya telah dikopek.Memang sebelum dia mengopek pintu itu,mungkin habis satu sekeliling rumah saya dicari tingkap atau pintu yang mana yang sesuai untuk mereka masuk.Malangnya rumah saya semuanya ber'grill'.Habis tingkap dibukanya. Dan sampailah semalam,batang hidung polis tu masih lagi belum nampak. Mendengar cerita dari Zakirah bagaikan saya juga berada disana pada masa itu.Memang adik saya yang seorang ni pandai bercerita.Kalau dilayan,pukul 1 pagi pun tak habis-habis.Tapi satu jelah bila dengar Zakirah yang bercerita.Cerita seram akan jadi cerita kelakar seram.Cerita sedih akan jadi cerita kelakar sedih.Sepanjang mendengarnya bercerita semalam,saya hanya ketawa.Padahal kalau dikutkan cerita itu agak menakutkan.Yelah..mana tak takutnya kalau pencuri nak masuk rumah.Tapi ceritanya menjadi cerita lucu dengan aksi gayanya yang bercerita. Dengan tiba-tiba saya rasa betul-betul nak balik.Sabarlah hati... Kerana NiatWednesday, November 26, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam atas junjugan mulia Rasulullah SAW keluarga dan para sahabatnya. Niat adalah asas kepada amal.Ada niat barulah ada amal.Amal yang dilakukan diterima atau tidak oleh Allah bergantung kepada niat.Balasan juga bergantung kepada niat. Maksud niat 1) dari segi bahasa - Qasad- Tujuan hati - Iradah- Kehendak hati 2)dari segi syar'ie -tergerak hati kepada suatu keadaan untuk mencari keredhaan Allah,dan patuh kepada keredhaanNya. -membawa kepada sifat ikhlas Jenis-jenis amalan 1)Ketaatan- solat,puasa - yang mana niat menjadi salah satu syarat sah.Tanpa niat ibadat atau amal itu tidak sah 2)Kemaksiatan- mencuri - dosa tidak dikira selagi mana ia hanya berniat dan tidak melakukannya 3)Mubah- makan,tidur,rutin harian yang lain - bila melakukannya dengan niat kerana Allah,akan mendapat pahala. Peranan Niat -menentukan ibadat khusus sah atau tidak -membezakan antara 2 amalan sama ada adat atau ibadat -menentukan balasan bagi amalan yang dilakukan Amal terbahagi kepada 2 -ikhlas- diterima oleh Allah dan diberi ganjaran - terbahagi kepada 3 1)ibadat hamba -dilakukan kerana takut akan azab Allah 2)ibadat saudagar -dilakukan kerana pahala dan balasan syurga Allah 3)ibadat merdeka -dilakukan kerana rasa malu pada Allah,membuktikan kesyukuran dan sentiasa bimbang sama ada amalan nya diterima atau tidak oleh Allah. -tidak ikhlas Riak -merosakkan ibadat kita yang mana amalan asal yang baik dapat dirosakkan dengan niat -berasal daripada perkataan ra a, nafaqa yang bermaksud hipokrasi iaitu ada tujuan disebalik niat mencari kedudukan dan kemasyuran dengan melakukan ibadat -hukumnya haram Firman Allah: 'maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat.laitu mereka yang berkeadaan lalai dalam solatnya.Juga bagi orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).' al-Maa'uun(4,5,6) Umar pernah berkata kepada Muaz bin Jabal 'sedikit riak itu adalah syirik' Tips-tips nabi Isa 3alaihissalam untuk elak perasaan riak -Berpuasa- meminyakkan rambut,janggut,menggelapkan mata ya3ni bercelak,membasahkan bibir -bersedekah- tangan kanan memberi tangan kiri disembunyikan -solat-menutup pintu ketika solat Amalan yang dilakukan bersembunyi lebih baik 70x dari amalan yang dilakukan secara terangan 'Dunia harus dihargai bukan dinikmati' Wallahu3alam Bunga dan Rama-ramaFriday, November 21, 2008 Bismillahirrahmanirrahim... ![]() seorang insan berdoa kepada allah agar diberikan bunga, ....dan rama-rama. namun allah memberikannya kaktus ....dan ulat insan ini bersedih, tidak faham mengapa pemberian-nya berbeza daripada permintaannya kemudian dia berfikir; allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.. dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. selepas satu tempuh, insan ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. insan ini terperanjat melihat dari kaktus yang berduri itu tumbuh bunga yang cantik, dan ulat telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik. allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul! cara allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari allah, percayalah.... pastinya allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. apa yang and pinta... allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan solat dan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Keropok LekorTuesday, October 14, 2008
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini saya masak keropok lekor.Pertama sudah tentulah sebab nak makan.Kedua sebab nak balas pinggan mangkuk jiran-jiran yang dah lama bertapa kat dapur saya tu. Keropok lekor yang saya masak ni takdelah sama dengan keropok lekor yang dijual kat Terengganu atau Kelantan.Tapi kira oklah sebagai pelepas rindu saya kat keropok lekor ni.Resepi ni saya ambil dari satu laman web.Saya dah lupa nama laman web tu.Tapi resepi ni memang sesuai sekali untuk saya yang berada jauh dari Malaysia.Sekurang-kuramg dapat juga merasa keropok lekor. Bagi saya rasa keropok lekor ni lebih kurang sama je yang kat Malaysia.Mungkin teksturnya saja agak lembut. Saya akan tinggalkan resepi keropok lekor ni yang telah saya ubah mengikut bahan-bahan yang ada kat Jordan.Jadi,kepada sesiapa yang nak rasa keropok lekor,teringin atau mengidam atau sebagainya.Bolehlah cuba resepi yang mudah ni. Bahan-bahan(untuk 3 org) 1 Tin Sardin Milo(ambil isinya) 3 sudu besar tepung jagung 3 sudu besar tepung gandum garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng air(jika perlu)<---macam makan ubat je.. Cara-caranya Campurkan semua bahan-bahan tadi kecuali air dan uli sehingga sebati. Jika keras tambahkan sedikit air Jika lembut tambahkan tepung gandum atau tepung jagung. Uli dan gentelkan bahan uli tadi menjadi bentuk keropok lekor. Selepas itu,potong keropok lekor ikut citarasa masing-masing. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning-kekuningan. Sedia dihidang. Selamat Mencuba. Mereka lebih berhak.Monday, October 13, 2008
Malam ni entah kenapa saya rasa nak bercerita pula.Mungkin hari ni saya tak banyak cakap.Jadi mungkin kuota perkataan untuk hari ini masih belum cukup saya luahkan.Tangan saya pula ringan je menekan-nekan keyboard ni.
Sebenarnya cerita yang ingin saya ceritakan sepatutnya ditulis pada malam raya hari tu.Tapi mungkin terlalu sibuk dengan persiapan raya.Akhirnya saya terlupa dengan cerita ini.Tapi hari ni saya ada singgah ke blog sahabat saya yang post terbarunya mengenai tingkah laku arab kat Jordan ni dan di blog yang lain yang memperkatakan sifat kita yang berbuka sampai kenyang barulah mengadap tuhan.Ingat tuhan bila dah kenyang.Dengan tidak semena-mena hati saya tetiba teringat apa yang saya lihat pada malam raya baru-baru ini. 2,3 hari sebelum tu, maka tersebarlah iklan kat ym yang mana Dr. Ahmad, doktor gigi kesayangan akhwat Malaysia tu, telah menjemput semua akhwat Malaysia seirbid ni datang ke Majlis iftor beliau pada 29 Ramadhan. Maka ramailah memperkatakan mengenai Majlis Iftor ini.Masing-masing mempunyai pendapat sendiri.Ada yang nak pergi.Ada juga yang tak nak pergi. Saya pada mulanya memang berhajat untuk tidak pergi ke majlis tersebut.Pertama mungkin sebab lebih selesa berbuka kat rumah.Kedua mungkin juga saya malu kat Dr.Ahmad tu sebab janjitemu saya dengan dia dah lama bertangguh.Huhu.(Alhamdulillah sekarang dah gi dah jumpa dia)Namun atas desakan(desak ler sangat..) ahli-ahli rumah saya,maka saya pun bersetuju untuk ke majlis itu dengan alasan tak payah masak dan free. Maka bertolaklah kami ke dewan yang saya dah lupa namanya itu.Tiba di sana ramai jugak akhwat-akhwat Malaysia yang datang.Dari senior sampai ler ke juniornya.Kami dihidang dengan maqlubah dan kabsah sebagai main course.Memang meriah ler dengan makanan hari tu.Berbuka dengan kurma yang paling sedap,makanan yang sedap ,air yang sedap dan pencuci mulut yang sedap.Besar sungguh nikmat Allah ni yer. Selepas selesai semua,saya dan sahabat-sahabat yang lain bertolak ler ke Masjid Yarmouk untuk solat Maghrib sekali gus solat Insyak dan terawih.Dalam perjalanan kami ke Masjid Yarmouk,adalah 2,3 orang peminta sedekah datang kepada kami.Meminta sedikit belas kasihan untuk mereka terus hidup.Saya seluk beg saya,keluar 3 keping duit syiling yang bernilai rubu3..maka saya bagi duit syiling tu kepada setiap orang.Hati saya terdetik.Apa yang mereka berbuka untuk hari ni yer? Kami terus berjalan.Hinggalah kami tiba di Quick Burger.Disana saya terlihat satu panorama yang menyentuh hati saya.Yang betul menginsafkan saya.Hampir gugur airmata saya melihatnya.Sebak menyelubungi hati saya ketika itu.Saya terlihat yang mana terdapat sekumpulan wanita dan anak-anaknya sedang mencari-cari sesuatu didalam plastik sampah dari Quick Burger.Rupa-rupanya mereka sedang mengutip sisa-sisa makanan.Mungkin itulah juadah berbuka mereka pada hari ini. Ya Allah..hati saya menyebut.Sedang saya berkenyang-kenyangan hari ini dengan makanan yang yang sedap dan dijamu lagi.Tapi mereka..hanya mengutip sisa-sisa dari makanan yang hendak dibuang.Zalimnya kami. "Ya Allah..pergilah kat dewan tadi..banyak lagi makanan yang tak habis".Seorang sahabat saya bersuara. "Kita ni dahlah makanan kat rumah berlebih-lebihan.Dijamu lagi.Sebenarnya mereka yang lebih berhak.bukan kita".Tambah sahabat yang lain. Kami hanya berlalu pergi tanpa mampu berbuat apa-apa.Hanya hati mampu berdoa..semoga kehidupan mereka akan bertambah baik.Dan kita sebagai yang bertuah,yang masih mampu untuk hidup dengan baik,yang tak perlu bersusah payah mencari sisa-sisa makanan.Maka ringan-ringankanlah tangan untuk memberi.Ya mungkin kebanyakannya takut..sebab banyak cerita yang berlaku pasal bagi sedekah ni kat arab.Tapi yakinlah dengan Allah..insyaAllah kalau niat kita ikhlas takkan ada apa-apa yang berlaku.Jangan difikirkan sangat pasal sindiket..kalau semua kita fikir yang ni agen sindiket yang tu agen sindiket.Maka..sampai bila-bila pun kita tak bersedekah.Yang tu biarlah terserah pada Allah yang menilainya.Yang penting kita lakukan tanggungjawab kita. sabda Rasulullah SAW "Puasa itu perisai, dan sedekah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api” “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261) Wallahu3alam. Wajah baruMonday, October 13, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni saya rasa macam nak tukar template blog saya.Sebenarnya..saya takdelah suka sangat dengan template yang lama tu.Nampak ke'pink'an sangat.Sampai adik saya pun tegur yang saya ni nampak kebudak2kan dengan template tu.Huhu.Banyaklah dia punya budak-budak.Bab mengata orang memang boleh bagi markah kat zakirah.
So..bermulalah aksi search menge'search' di google.Agak susah jugak nak cari template yang berkenan dihati.Saya nak yang berwarna hijau.Kenapa hijau?.Hmm..mungkin virus hijau yang dibawa datang ke rumah saya ni..dah merebak masuk ke dalam diri saya jugak.Saya memang suka hijau.Lebih-lebih lagi hijau pucuk pisang.Nampak cantik sangat.Tapi takdelah sampai jadi 'hantu' hijau macam junior saya yang sorang nih.Semua benda nak hijau.Sampai pengetip kuku pun hijau.Nasib baik ler dia tak pilih orang hijau jugak yang macam cerita The Mask tu.Hehe.Jangan marah yer dik. Selepas penat mencari-cari..akhirnya jumpalah template ni..walaupun mungkin takdelah lawa sangat..tapi saya lebih suka yang ni dari yang lama dulu.Ke'pink'an sangat.Kalau yang ni nampak lah jugak ketenangannya bila tengok.Moga-moga zakirah akan cakap saya nampak matang dengan template ni..huhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
~Hikayat~By Free CSS Templates About Me
Rasa
aku suka bercerita..tapi bukan dengan berkata-kata..cukuplah ku hikayatkan untuk luahan rasa..
Blog ArchiveSeri balasHikayat Mereka~~followers |
~Hikayat~ | 2009 All Rights Reserved. Original Design by Free CSS Templates | Blogerized by Subagya | Distributed by Free Templates.